Santapan mewah air tangan cef berpengalaman, ini 3 destinasi high-end brunch & minum petang kena cuba sekali seumur hidup

No Image Caption
A
A
A

SEKALI-sekala, tak salah kalau mahu memanjakan diri dengan santapan mewah yang disajikan cef berpengalaman di hotel bertaraf bintang.

Jika ada bajet lebih, bolehlah rebut promosi yang ditawarkan Grand Hyatt Kuala Lumpur, The Concorde Hotel Kuala Lumpur dan Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil untuk pakej istimewa.

Tawaran untuk bufet brunch atau minum petang dengan kulinari special nampaknya sudah menjadi trend pengusaha hotel bagi menarik lebih ramai pengunjung pada hari biasa.

Berikut SinarPlus himpun keunikan yang ditawarkan tiga destinasi tersebut:

No Image Caption

1. The Grand Garden Tea Party

Tawaran set minum petang terbaharu bertemakan taman yang diperkenalkan Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan view KLCC, antara pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Disusun dengan sentuhan istimewa Ketua Pastri Grand Hyatt Kuala Lumpur, Cef Low Kin Kang dengan kerjasama Ketua Eksekutif Pastri Hyatt Asia Pasifik, Cef Julien Perrinet.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Uniknya, hidangan minum petang dimulakan dengan mousse ayam dan truffle hitam yang digandingkan dengan labu heirloom, nasturtium dan biskut bit.

Hidangan utama yang pasti menarik perhatian iaitu Tasmanian Petuna Trout Confit yang dipadankan dengan krim kelapa-limau, crème fraiche, jeruk cucamelon, bronze fennel dan biskut sable teh hijau.

No Image Caption

Kastard jagung putih dari Cameron Highland pula dipadankan dengan serbuk kucai dan bawang yang dipanggang memberikan pengalaman rasa yang unik.

Bagi penggemar makanan laut, filet ikan siakap kukus bersama tauhu lembut, bunga kantan dan sos cili serai adalah wajib dicuba.

No Image Caption

Kataifi gulung ayam yang rangup dihiasi dengan daun ketumbar, serdak bawang putih dan sos Sichuan pedas memberikan sensasi rangup dan pedas yang menyelerakan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Flower Pot, yang diperbuat daripada coklat badam dan moussestrawberi-basil.

No Image Caption

Bagi penggemar tegar coklat, Valrhona Chocolate Lolly yang dihiasi dengan streusel dan feuilletine coklat adalah sajian yang istimewa dan tidak dapat dilupakan.

The Grand Garden Tea Party

  • Alamat: Thirty8, Grand Hyatt Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 5 petang
  • Pakej: RM128 (Isnin hingga Jumaat) dan RM158 ( Sabtu hingga Ahad)
  • Facebook: Grand Hyatt Kuala Lumpur
  • Instagram: @thirty8kl

2. Melting Pot Cafe!

Bagi merancakkan lagi tarikan di Concorde Hotel Kuala Lumpur, tawaran istimewa Bufet High Tea untuk Sabtu dan Ahad dibuka kepada semua yang ingin menikmati pelbagai jenis makanan lazat.

No Image Caption

Stesen BBQ Teppan, misalnya menawarkan stik dan ikan bakar, manakala masakan lokal seperti sate ayam dan daging, nasi ayam hainan, tandoori, ikan tiga rasa, mihun goreng Hokkien dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan Jepun dan Barat, bufet termasuk ladu gyoza, takoyaki dan smashedburger popular yang dibuat dengan daging lembu atau ayam homemade.

No Image Caption

Isi perut dengan aneka snek lokal seperti pisang goreng rangup, cucur sayur, cekodok dan pencuci mulut seperti ais kacang, ais batu campur dan lai chi kang.

Melting Pot Cafe!

  • Alamat: Concorde Hotel Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 3 petang
  • Pakej: RM91.80 (selepas diskaun 15 peratus) dan RM54 untuk kanak-kanak (6 hingga 11 tahun)
  • Facebook: Concorde Hotel Kuala Lumpur
  • Instagram: @concordehotelkl

No Image Caption

3. Makan tengah hari @Kuang’s

Sajian autentik Malaysia dipersembahkan Kuang's Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil dengan kerjasama JPteres Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Kuang's menawarkan pengalaman menjamu selera dengan menu istimewa, Nasi Ayam JPteres Signature yang sudah popular sejak tahun 2012.

No Image Caption

Aunty Anne's Mutton Varuval, antara resipi keluarga yang berharga daripada ibu kepada Pengurus Besar Hyatt Place Kuala Lumpur, Bennett Peter dengan intipati tradisi ibarat makanan homemade dari rumah.

No Image Caption

Menu kolaboratif juga termasuk tawaran special seperti rendang daging lembu Istimewa dan kari daging berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk mereka yang vegetarian.

No Image Caption

Makan tengah hari @Kuang’s

  • Alamat: Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 3 petang
  • Pakej: RM38 perset
  • Facebook: Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil
  • Instagram: @hyattplacekl

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang