Pesta autentik Mexico, 11 menu baharu Fresh Mex bikin ramai teruja. Lime Butter Shrimp Tacos paling laku keras
SAJIAN autentik Mexico nampaknya sudah sebati dengan selera orang kita, lebih-lebih lagi taco yang menjadi menu signatur buat negara ketiga terbesar di Amerika Latin itu.
Limpahan inti mengiurkan yang disumbat ke dalam kepingan tortilla berasaskan jagung atau gandum itu membuatkan sesiapa sahaja tergoda untuk mencuba.
Barangkali, itu antara kelainan yang diperkenalkan TGI Fridays Malaysia yang menawarkan 11 menu baharu sempena pelancaran Pesta Fresh Mex baru-baru ini.
The Sizzling Chicken Mexicali, misalnya antara hidangan lazat yang mencuri perhatian ramai dengan ayam perap chipotle yang ditumis di atas keju cair, selain nasi Sepanyol bersama lada, bawang, pico de gallo, jalapeno panggang dan ketumbar.
Selain itu, jangan terlepas untuk mencuba seleksi taco ekstrem, Lime Butter Shrimp Tacos yang menjadi pilihan laku keras kerana dilengkapi udang tumis mentega limau nipis, salsa, keju mozzarella, potongan avokado, keju feta dan limau nipis.
Penulis yang berpeluang untuk mencuba menu baharu berkenaan juga teruja apabila enam pilihan hidangan pembuka selera cukup menyelerakan.
Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)
Antaranya Open Face Chicken Tamale, Queso Fondido, Jamaica Beef Empanadas, Chipotle Shrimp Corn Stacks, Shrimp Stuffed Jalapeño Poppers dan Fridays™ Tostada Nachos.
Jika kalian peminat makanan laut, disyorkan untuk mencuba Shrimp Stuffed Jalapeño Poppers yang cukup unik kerana jalapeno segar yang disumbat dengan udang pedas yang digoreng keemasan sebelum dicurah sos sriracha aioli dan crema Mexico bersama acar pico de gallo.
Bagi membangkitkan selera, Queso Fondido juga boleh dicuba kerana semangkuk keju mozzarella bersama bakon garing, jalapeno, lada panggang dan bawang bersama kerepek tortilla jagung yang rangup boleh dimakan begitu sahaja.
Berkongsi hidangan mengujakan itu, Pengurus Pemasaran TGI Fridays Malaysia, Joey Low berkata, pengenalan masakan asli negara bersempadan dengan Amerika Syarikat tersebut mampu menyemarakkan lagi selera orang tempatan.
“Bukan satu tetapi 11 jenis menu asli Mexico bermula daripada taco jalanan hingga semangkuk lauk mewah untuk memeriahkan palet rasa pelbagai.
“Kesemua menu Fresh Mex direka dengan teliti bagi memastikan setiap rasa tulen termasuk bahan segar dan asli memenuhi cita rasa pelanggan,” katanya.
Joey juga mencadangkan menu berasaskan mangkuk seperti Salmon Mexi Bowl, Grilled Striploin Mexi Bowl dan Chicken Tostada Salad yang dijamin mengenyangkan dan berbaloi untuk dicuba.
“Paling premium, Grilled Striploin Mexi Bowl kerana dilengkapi potong daging jenis sirloin panggang bersama jagung bakar, hirisan avokado segar, kacang hitam, tomato ceri, acar pico de gallo dan sos sriracha aioli, bawang hijau, ketumbar dan limau,” sarannya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang