Sapu licin sebakul makanan, badan ratu mukbang tetap langsing! Doktor sahkan perut Tzuyang…

No Image Caption
A
A
A

NAMA Tzuyang memang tak perlu diperkenalkan lagi. Streamer mukbang muda yang cukup popular di Korea Selatan dengan konten makan dengan kuantiti luar biasa.

Bukan apa, bentuk tubuh wanita cantik berusia 28 tahun itu yang tetap maintain kurus menjadi bual mulut netizen meski makan berpinggan-pinggan.

Sudah banyak timbul teori konspirasi alam maya termasuklah tuduhan ratu mukbang tersebut hanya buat-buat makan jer, edit video dan potong bahagian tertentu untuk nampak real.

No Image Caption

Lapor Oddity Central, Tzuyang sering menjadi perhatian ramai apabila menyiarkan secara langsung dirinya makan berpuluh-puluh hidangan dalam satu sesi livestream.

Ada juga yang pelik dan membuat spekulasi selebriti media sosial itu mungkin mengalami gangguan makanan, namun bila tengok dalam video, nampak sihat je.

No Image Caption

Lagi membuatkan mereka lagi hairan, setiap sesi mukbang yang dibuat di restoran terpilih, Tzuyang jarang tinggalkan kamera atau pergi tandas.

Artikel Berkaitan:

Bayangkan, berdulang-dulang hidangan street food yang ditelan dalam satu sesi yang mana boleh jadi cecah lebih 10,000 kalori, jadi bagaimana beliau tetap konsisten berat badan?

No Image Caption

Dalam salah satu sesi mukbang yang dikongsikan, YouTuber paling terkenal di Korea itu boleh makan 20 burger, 20 mi ramen, 3 kilogram (kg) daging, 240 keping sushi dan 16 meter usus lembu tanpa gagal.

Pernah juga Tzuyang bedal 10 meter tteokbokki, 100 ekor udang, 200 tiram dan 140 cucuk kambing bakar dalam satu sesi makan yang disaksikan pelanggan lain.

No Image Caption

Memang tak masuk akal betul! Aksi-aksi macam itulah yang membuat dirinya memiliki jutaan peminat setia di semua saluran media sosial.

Namun, tak semua orang kagum. Ramai juga yang kecam kerana kononnya Tzuyang menggalakkan pembaziran makanan dan memberi persepsi salah badan kurus boleh makan tanpa had.

No Image Caption

Kalau kalian perasaan, setiap kali wanita ramah itu order makanan yang banyak, si tauke pasti tanya bolehkah habis makan seorang diri? Tzuyang selalu cakap dia jenis kuat makan.

Bayangkan berat badan terkini 50kg tetap kurus walaupun tanpa senaman langsung. Hal tersebut membuatkan haters tak puas hati.

Bagaimanapun, Tzuyang baru-baru ini ada upload video dari sebuah klinik yang mana beliau membuat gastroskopi dan kolonoskopi semata-mata nak tunjuk apa rahsia perut ajaibnya.

No Image Caption

Dedah doktor yang merawat, saiz perutnya lebih besar jika dibandingkan dengan saiz normal wanita lain yang memiliki tubuh yang serupa.

“Sebagai doktor, saya boleh cakap volume perut awak lebih besar dari biasa iaitu lebih kurang 30 hingga 40 peratus lebih besar.

“Jadi, proses penyerapan, pencernaan dan penghadaman awak lebih efisien dari orang biasa.”

No Image Caption

Doktor itu sambung lagi yang mana beliau sendiri terkejut dengan BMI Tzuyang kerana disahkan hanya 17.5 yang dikira underweight.

“Usus besar pun bersih, tak ada polip dan radang. Biasanya orang yang makan banyak ni ada masalah gula dalam darah tapi purata bacaan HbA1c untuk tempoh enam bulan cuma 5.2 peratus.

“Ini bermakna Tzuyang sama ada bersenam cukup untuk kawal gula atau pankreas awak cukup efisien hasilkan insulin untuk proses semua makanan tu. Memang luar biasa.”

No Image Caption

Selama bertahun-tahun, peminat Tzuyang dah lama meneka kemungkinan lapisan usus kecil tak serap sepenuhnya makanan, jadi semua makanan ditolak cepat ke usus besar.

Rupa-rupanya teori tu betul kerana disahkan sendiri oleh Dr Seo Jae Gul yang merupakan pakar kesihatan awam dari Seoul.

No Image Caption

Lucunya, wanita berkenaan mengadu lapar selepas selesai buat pemeriksaan dan mahu mengisi perut dengan roti sebelum ke restoran China untuk satu lagi sesi makan besar.

Memang betul-betul ratu makanlah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang