Alhamdulillah! Dah lebih 72 jam tanpa tiub pernafasan, Ainul Mardhiah aktif, happy

“DAH lebih 72 jam tanpa tiub pernafasan (trachy). Ainul aktif dan happy! Alhamdulillah. Keep going Ainul.”

Demikian perkongsian Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 28, apabila anak perempuannya, Ainul Mardhiah kini sudah dibuang tiub pernafasan di leher.

Ainul Mardhiah yang dikesan menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir mendapat perhatian umum sehingga berita mengenainya tular dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 28, dihubungi doktor Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang menyuarakan hasrat membantu bayi terbabit.

Ainul diiringi ibu dan bapanya bersama pasukan doktor pengiring berlepas ke London dan pada 10 Jun 2019, kanak-kanak itu selamat menjalani pembedahan selama lima jam dan tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulutnya berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway.

Menceritakan perkembangan Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin berkongsi, anak sulungnya itu masih dalam pemantauan pakar selepas tiub pernafasan dibuka.

Menurutnya, selepas lebih 30 minit ketika tiub pernafasan dibuka, saturasi oksigen mencapai 96 hingga 100 peratus.

“Menggigil juga nak cabut sendiri, walaupun sepanjang lima tahun ini memang kami berdua yang buat penukaran tiub setiap dua minggu.

“Tapi masa buat di rumah, lepas cabut yang lama (untuk cuci), dalam tiga saat kami terus masukkan yang baru. So memang tak pernah nampaklah keadaan Ainul macam sekarang,” katanya.

Baca juga Pelukan terakhir nurse 9 hari sebelum meninggal, Zarif bagaikan tahu akan pergi, ibu kongsi kisah kehilangan genap 1,000 hari

Keluarga Ainul Mardhiah terdiri daripada bapanya, Ahmad Safiuddin, ibu, Nurul Erwani dan adik, Umar

Sementara itu, Nurul Erwani menerusi Instagramnya turut berkongsi detik indah itu.

“Bermula tahun lepas Ainul kritikal, Dr Jaseem (Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Bakar) contact (hubungi) kami suruh bawa jumpa dia untuk advise (nasihat) kami yang sebenarnya trachy itulah punca kenapa Ainul selalu kena infection (jangkitan).

“Bila ditanya kami bila rancangan untuk cabut trachy, kami hanya kata tiada dari mana-mana. Lama dah kami tunggu saat ini,” tulisnya.

Iklan

Baca juga Lepas bersalin doktor ‘korek’ keluarkan IUCD melekat kat daging, isteri PU Abu kongsi pengalaman lahir anak ketiga

Keadaan Ainul pada tahun 2020 (kiri).

Katanya, saat paling ditunggu apabila tiga hari lalu Ainul boleh bernafas normal seperti manusia lain tanpa ada bendasing di tekaknya.

“Alhamdulillah Syukur. Step by step Dr Jaseem plan kan untuk Ainul.

“Dan rupanya juga Ainul sudah pandai makan dan menelan. Siapa kita nak kata Ainul tak pandai buat semua tu. Ainul sangat tak dijangka, sebenarnya dia boleh buat apa yang sepatutnya budak normal buat,” katanya.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut ibu dan ayah Ainul turut bersyukur dengan perkembangan kesihatannya. Ramai yang tak putus-putus mendoakan Ainul Mardhiah dan keluarga.

Alhamdulillah, semoga adik Ainul Mardhiah terus diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.