PEMAKAIAN ‘intrauterine contraceptive device’ atau IUCD sebagai terkenal sebagai adalah salah satu kaedah merancang keluarga hormon. Ramai wanita memilih kaedah kontraseptif ini kerana keberkesanannya mencecah 99 peratus.

Namun ramai juga yang dilaporkan menjadi golongan satu peratus mengandung semasa memakai IUCD. Salah seorang daripadanya ialah isteri kepada pendakwah bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu, Ain Afini.

Baru-baru ini SinarPlus berkongsi tentang kehamilan Ain Afini yang terjadi ketika dirinya menggunakan alat perancang kelauarga itu.

 

Baca juga: Kerap nak pitam, rasa melayang, tiba-tiba ‘double line’ isteri PU Abu hamil ketika guna IUCD

Tidak seperti kebanyakan pemakai IUCD yang mana alat tersebut dikeluarkan selepas disahkan hamil, Ain Afini perlu meneruskan kandungan dengan peranti tersebut di dalam rahimnya kerana posisi janin.

Selamat bersalin awal Februari lalu, Ain Afini menimang cahaya mata perempuan yang dinamakan Khadijah. Dalam hantaran terbaru di Instagram, beliau berkongsi pengalaman bersalin tanpa jahitan.

“ Journey bersalin baby IUCD. Due Umi sepatutnya 6 Mac 2023 tapi since pengalaman sebelum ni anak-anak lain semua bersalin awal jadi mindset tu dah well prepared akan bersalin awal.

“Since kena admit sebab jantung slow tapi bukaan baru 2 sentimeter (cm), pagi 9 Februari 2023 tu Umi kena induce. “Lepas induce contraction start sakit terus setiap satu hingg dua minit, dapat ubat tahan sakit baru lah ku boleh bertenang sikit.

“Masuk labour room pukul 12 dan bersalin pukul 3.10 petang! Alhamdulillah everything sangat smooth dan bersalin tenang tanpa jahitan,” kongsinya.

Baca juga: Tular 22.8 juta tontonan, bayi baru lahir pegang IUD, ibu kongsi pengalaman ‘bertuah’ 1%

Bersyukur proses melahirkan tidak panjang, bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu berhadapan situasi mencemaskan semasa proses mengeluarkan IUCD.

Peranti berhormon itu yang dikatakan melekat pada ‘daging’ dan memerlukan masa 15 minit untuk dikesan kedudukannya oleh doktor menggunakan ultrasound. IUCD perlu dikeluarkan kerana dikhuatiri memudaratkan.

“Ingatkan dah selesai semua tapi doktor bagitahu IUCD tak keluar sekali dengan baby atau uri. Another doc masuk and kena undergo proses lain which is kena ‘korek’ cari mana IUCD tu.

“Sebelah doktor ada mesin scan. Sambil scan sambil cari and dibuat dalam keadaan sedar tau, tak bius. Ni pengalaman Umi, orang lain Umi tak tahu.

“Sakit tak? Masa tu sakit pun macam dah tak terfikir apa sebab dah letih. Lepas 15 minit macam tu doc baru jumpa IUCD melekat kat daging. Doc kata kena keluarkan juga sebab kalau tak ada possibility kena jangkitan kuman atau kesan lain. Dah keluar tu kan rasa legaa!,” kongsinya.

Baca juga: Jangan ambil mudah cengkaman senggugut, masalah kebanyakan wanita setiap bulan

Baca juga: Sakit perut, terkejut nampak kepala baby, ibu ‘bayi ajaib’ cerita kronologi sebenar hamil dan bersalin

Ditanya sama ada akan memilik kaedah kawalan kelahiran tersebut pada masa akan datang, Ain Afini tidak pasti kerana sudah serik.

“Doktor tanya lepas ni nak pakai IUCD lagi tak? Not sure, macam dah serik, takutlah.

Iklan

“Orang lain Umi tak tahu macam mana IUDC tu keluar sekali ke tak. Pengalaman sungguh lah, Nanti Khadijah dah besar nak kena cerita benda ni,” kongsinya.

Baru-baru ini Daily Mail mendedahkan kedudukan IUCD yang tergelincir daripada kedudukan asalnya meningkatkan risiko hamil kepada wanita.

Anda boleh menyemak peletakan IUD dengan ujian ultrasound. Ia juga diperiksa kedudukannya dengan menggunakan jari. Jika talinya boleh dirasa bermakna kedudukannya adalah baik. Namun jika ragu-ragu dan musykil rujuk doktor sakit puan anda dengan segera.

Baca juga: Datang haid, makan pil perancang tetapi wanita ini hamil, berikut 8 info pendarahan sewaktu mengandung

5 INFO IUCD WANITA PERLU TAHU

1-Menurut Jurnal Kesihatan Wanita Antarabangsa, dianggarkan dua daripada 10,000 wanita dengan IUCD hormon akan mengalami kehamilan ektopik manakala ia menjejaskan lima daripada 10,000 dengan IUCD tembaga setiap tahun.

2-Healthline mendedahkan wanita yang hamil dengan IUCD, anda lebih berkemungkinan mengalami kehamilan ektopik (luar rahim) atau keguguran.

Iklan

3-Walaupun jarang berlaku mengandung ketika menggunakan IUCD, kehamilan ektopik sangat bahaya dan jika tidak dirawat malah boleh membawa maut.

4-Keguguran boleh berlaku secara spontan selepas usia kandungan 20 minggu.
5-Bagi wanita yang mengunakan alat ini dan mengalami sebarang tanda atau gejala ini, dapatkan nasihat doktor dengan segera:
-Demam
-Menggigil
-Sakit atau kekejangan di bahagian bawah perut
-Lelehan luar biasa
-Pendarahan yang banyak atau
-Sakit atau pendarahan semasa hubungan intim

Baca juga: Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil ‘overdue’ lebih 42 minggu ini puncanya

Sumber: Instagram Ain Afini, Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi