JOHAN Ghazali anak Malaysia yang kian mencipta nama di persada antarabangsa. Lebih dikenali sebagai Jojo, anak muda yang dibesarkan di Sarawak itu baru-baru ini mencipta sejarah selepas hanya memerlukan 36 saat untuk menewaskan Juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares dalam penampilan sulung di pentas Primetime US, ONE Championship.

Johan menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Melihatkan ketangkasan dan fizikalnya yang sasa dan tinggi, mungkin ramai tidak menyangka anak muda ini baharu mencecah 16 tahun! Dengan Johan mempunyai masa depan yang cerah dan boleh pergi jauh dalam sukan ini.

Baca juga: Potensi menyerlah! Jaguh muda 18 tahun layak ke Olimpik Paris 2024, 8 info menarik Ariana Nur Dania

Baca juga: 10 fakta menarik Muhammad Azeem, akhiri penantian 41 tahun negara, kini dinobat ketiga terbaik Asia

Baca juga: Ratu ski air, Aaliyah raih gangsa Kejohanan Dunia Birmingham

Berikut 10 info menarik Johan ‘Jojo Ghazali’:

1-Johan dilahirkan pada 14 November 2007 di Kuala Lumpur. Keluarganya menetap di Kajang, Selangor sebelum berpindah ke Kuching Sarawak pada tahun 2015.

2-Menurut onefc.com, Anak muda ini mewarisi darah campuran Amerika Syarikat daripada ibu, Jennana Johnson manakala sebelah bapanya, Zulfiqar Muhammad Ghazali pula Melayu, Indonesia dan Jepun.

3-Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan SMK ST Thomas Kuching, Sarawak itu mula berjinak-jinak dengan sukan Muay Thai sejak umur berusia 10 tahun. Muay Thai tidak asing bagi Johan kerana langkah ibu bapanya adalah pengamal seni pertahan diri itu.

4-Menariknya, semua empat adik-beradik Johan aktif dalam Muay Thai. Abangnya, Ghazali Zulfikar, adiknya Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar dan Emylia memang juga handal di gelanggang.

Baca juga: Naomi Osaka atlet wanita terkaya miliki RM230 juta usia 25 tahun, 10 fakta menarik mengenainya

Baca juga: 438km/j! Pearly Tan pegang rekod smash paling laju dunia

5-Johan sebahagian daripada pasukan Rentap Muay Thai Gym, Sarawak.

6-Pada 2022, Johan meraih gelaran juara dalam kejohanan Muay Thai Remaja Dunia ISMA 2022 selepas mengalahkan lawan dari Rusia, Rustam Yunusob. Pada 24 Februari lalu namanya sekali lagi disebut ketika membuat penampilan sulung dalam kejohanan ONE Championship di Bangkok.

7-Beliau mengagumkan para penonton selepas hanya memerlukan 16 saat untuk mengalahkan pihak lawan, Padetsuk Fairtes, 18 tahun dari Thailand. Kemenangan itu membawanya untuk menerima ganjaran wang tunai berjumlah AS$10,000.

Iklan

8-Baru-baru ini, beliau memperoleh kontrak berjumlah AS$100,000 yang didamkan dalam pertubuhan seni mempertahankan diri terbesar dunia itu.

9-Meskipun masih muda, Jojo dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini. Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.

10-Selain aksi gagahnya pada pertarungan menentang Tabares, lebih menarik perhatian adalah sesi temu bualnya secara langsung di atas gelanggang, yang menyerlahkan karisma tinggi di sebalik usianya yang muda.

“My name, Johan, in Malay it means champion. I will forever be on a mission to prove and live by my name… I will… mark my words… I will be the youngest One Championship Champion ever. Insya-ALLAH.

“Thank you guys, thank you all the fans from Malaysia. Assalamualaikum Malaysia, what’s up korang?!,” katanya.

Iklan

Rakaman sesi temu bual berkenaan menjadi tular di laman sosial dengan ramai menyifatkan anak muda ini mempunyai masa depan cerah dengan pakej yang lengkap iaitu ketangkasan, bakat, wajah, penampilan dan keyakinan di gelanggang dan hadapan lensa.

Syabas dan tahniah Johan, anda mempunyai masa depan yang cerah. Keep fighting, moga terus berjaya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!