RATU ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menurut laman web kejohanan https://twg2022.com/results/, atlet berusia 18 itu mengutip 7,960 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan lima peserta dalam final yang berlangsung di Oak Mountain State Park.

Pingat emas dimenangi atlet Kanada Neilly Ross yang mengumpul 9,690 mata manakala pingat perak menjadi milik juara dunia dari AS, Anna Gay selepas meraih 9,190 mata.

Aaliyah akan meneruskan cabaran di Alabama dalam acara jump wanita final di venue sama awal pagi esok waktu Malaysia.

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Kredit foto: Facebook MSN

Sebagai rekod, Aaliyah Yoong mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown di Polk City, Florida bulan lepas.

Sementara itu dalam kategori lelaki di Alabama, atlet tuan rumah Adam Pickos meraih pingat emas sementara Danylo Filchenko dari Ukraine dan peserta Perancis Pierre Ballon masing-masing memenangi perak dan gangsa.

Baca juga: Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah

Kredit foto: Instagram aaliyah.yoong

Sementara itu Ketua Jurulafih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF), Hanifah Yoong berkata Aaliyah telah mengikuti program awal pembangunan 10 tahun MWWF 2009-2018 dan program pembangunan lima tahun dari 2019 hingga 2023, untuk mencapai kedudukan 10 terbaik dunia.

Baca juga: Miliki 2 pingat Olimpik, 7 dari kejohanan dunia, 16 fakta Pandelela yang mengagumkan

Kredit foto: Instagram aaliyah.yoong

“Azamnya cukup kuat dan dia amat berdedikasi dalam latihannya. Saya yakin dia akan menjadi tiga terbaik dunia tidak lama lagi.

Iklan

“Insya-ALLAH dia mungkin menjadi juara dunia dalam tempoh lima tahun menjelang umurnya 23 tahun,” kata Hanifah Yoong yang juga bapa Aaliyah.

Menurut waterski.com.my, gadis ini mula bermain ski pada usia enam tahun. Syabas Aaliyah kerana mengharumkan nama negara!

Sumber: BERNAMA, waterski.com.my, MSN

Iklan

Baca juga: Lagi kisah pingat Olimpik Tokyo 2020, gimnas China dakwa pingat emas miliknya terkopek

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.