'Beauty with brain', Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

A
A
A

'BEAUTY with brain', demikian ungkapan yang sesuai buat puteri berjiwa rakyat, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Puteri diraja itu sering menjadi perhatian tatkala menemani bonda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis-majlis dan acara formal.

Terbaru, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluangkan masa menghadiri majlis graduasi  Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah di United Kingdom (UK).

Baca juga: Agong ucap tahniah pelajar Malaysia dinobat ‘Top In The World’ subjek Kimia. Tewaskan hampir sejuta pelajar lain seluruh dunia

Baca juga: Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi

Kredit foto: Instagram Istana Negara

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 22, bersama pasangan kembar baginda,  Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah tamat pengajian dan dianugerahkan ijazah di Kampus Royal Holloway, UK.

Baca juga: Lawatan mengejut ke Maran, Agong pandu kereta sendiri redah banjir

Baca juga: Tak sampai 48 jam tular motor dicuri, Permaisuri Selangor belikan gadis ini motosikal baharu

Kredit foto: Instagram Istana Negara

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.

Kredit foto: Instagram Istana Negara

Manakala kembar baginda, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah  dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi and Sosiologi.

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.

Kredit foto: Instagram Istana Negara

Lebih membanggakan, universiti berkenaan bukan calang-calang kerana antara yang terbaik di UK.

“Dibuka rasmi oleh Baginda Ratu Victoria pada 30 Jun 1886, Royal Holloway, Universiti of London, kini tersenarai antara 25 universiti terbaik di United Kingdom,” titipnya.

Pada majlis graduasi itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti.

Kredit foto: Instagram Istana Negara

Turut berangkat anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Baca juga: Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong

Sumber: Instagram Istana Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca