BELLA, remaja sindrom down menjadi perhatian rakyat Malaysia selepas kes penderaannya tular. Kehadiran beliau ke mahkamah berbaju Frozen meraih perhatian warganet.

Ditemui dengan kecederaan fizikal pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk pada Julai tahun lalu, perbicaraan kes remaja istimewa ini diikuti ramai.

Rata-rata warga maya tersentuh menyaksikan melihat foto dan video yang memaparkan keadaan fizikal Bella ketika ditemui. Malah kenyataan saksi kes membuatkan ramai terkedu  sehingga wujud tanda pagar #justiceforBella di laman sosial.

Baca juga: Siapa Bella? Berikut kronologi bagaimana dia boleh berada di rumah kebajikan hingga ditemui melecur teruk

Baca juga: Tiap malam menjerit, tak lena tidur, keadaan Bella di wad buat ramai tersentuh

 

Dalam perkembangan terbaru, kehadiran Bella, 13, ke mahkamah untuk memberikan keterangan bagi tujuan prosiding meraih perhatian warga maya.

Aktivis masyarakat, Mona Din berkongsi foto dan video Bella yang lengkap memakai tiara dan tongkat persis penampilan watak animasi Elsa.

Baca juga: 7 kenyataan saksi kes Bella buat ramai terkedu, Che Puan Besar Khaleeda ikrar bantu tuntut keadilan

Baca juga: #SiBibirMerah Isu perbicaraan kes tragis Bella makin panas, TMJ tawar peguam pemerhati percuma

 

Warganet menitipkan kesyukukran melihat Bella dalam keadaan sihat. Tidak kurang juga yang sebak melihat remaja itu yang semakin berisi dan ceria hingga mengakui menitiskan air mata.

-“Sangat berbeza adik Bella sekarang. Nampak ceria, makin berisi dan bersih.”

Iklan

-“Sudah berisi adik Bella, lain sangat daripada yang dulu.”

-“Menitik air mata saya, sedih sungguh.”

“Sebak baca dan tengok gambar-gambar ini. Subhanallah sungguh Bella seperti anak kepada rakyat Malaysia. Penderitaannya, penderitaan kita juga. Sama berdoa supaya keputusan terbaik buat adik Bella hari ini.”

Kes Bella yang mula tular Julai tahun lalu bukan hanya membuka mata ramai orang kepada pengabaian kanak-kanak, malah perhatian Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Baginda menawarkan khidmat empat peguamnya secara percuma sebagai peguam pemerhati bagi kes Bella.

Iklan

Baca juga: Fikiran Naqiu terganggu, terbayang jika ‘anak istimewanya’ diperlakukan sama seperti Bella

Baca juga: #justiceforbella: Warganet lega adik Bella selamat di Seremban, pemilik rumah kebajikan ditahan polis

Sumber dan kredit foto: Facebook Mona Din

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan