TIRAI 2020 bakal berlabuh tidak lama lagi.

SinarPlus percaya ramai antara kita melalui perjalanan tahun ini dengan penuh duka.

Walaupun pelbagai cabaran melanda, tetaplah kita yakin bahawa hanya Allah yang boleh megubah segalanya.

Seperti satu perkongsian pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew.

Menurutnya, ujian yang melanda adalah untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik.

Iklan

“Saudaraku semua, dah hujung 2020, tahun yang sangat berat untuk kita semua.

“Ada orang kehilangan orang tersayang. Ada yang hilang pekerjaan. Perniagaan tutup. Berjauhan dengan orang tersayang. 24 jam berkorban.

“Tapi yang pasti semua ujian itu kerana Allah sayang kita. Dia sangat sayang pada kita. Dia tahu apa yang terjadi.

“Ujian supaya kita menjadi manusia yang lebih baik dan lebih dekat padaNya,” tulisnya di Facebook.

Baca juga Pemuda ini hilang keupayaan berjalan, bangkit jadi tauke ikan laga demi kelangsungan hidup

Iklan

"Biarlah ujian ini membuat kita lebih bersatu hati"Ujar beliau, kita sebagai umat perlu sentiasa perbaiki diri.

“Sentiasa perbaiki diri. Biarlah ujian ini membuat kita lebih bersatu hati. Semakin sayang pada isteri dan anak-anak. Semakin sayang ibu bapa dan keluarga.

“Lebih menghargai orang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Jaga solat awal waktu. Selalu beri masa berdoa.

“2021… Saya yakin di sebalik ujian ada rahmat yang besar. Allah janjikan begitu. Jangan sedih ye.

“Kita ada Allah yang sangat sayang kita dan tak pernah lupakan kita. Dia sediakan rahsia disebalik ujianNya,” pesan beliau.