KERJAYA seorang model memang nampak gah kerana disinari dengan percikan glamour. Lebih-lebih lagi sentiasa disolek cantik dan memperagakan busana mewah untuk tontonan ramai.

Kerjaya seorang peragawati itu juga sememangnya amat diminati oleh kaum wanita khususnya remaja.

Siapa yang tak suka sentiasa kelihatan menawan dengan penampilan up to date, bahkan boleh dapat bayarannnya yang boleh tahan amaunnya atau dengan erti kata lebih mudah, masyukkan?

Pun begitu, keadaan kini sudah berubah. Ramai yang terkesan ketika ini dek penangan wabak Covid-19 sehingga ada yang sanggup membuat kerja halal yang lain demi survival kehidupan.

Kisah yang ingin dikongsi ini memang mencetuskan inspirasi.

Walaupun hilang job model sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sama sekali tidak mematahkan semangat wanita ini untuk terus mencari rezeki sebagai pekerja pembersihan.

cleaner model

Rozana Dzulkifli, 34, yang berkongsi kisahnya dalam TikTok ternyata mengejutkan ramai orang, bahkan ada yang mengatakan pengakuan yang dibuatnya itu semata-mata untuk memenuhi content media sosialnya.

Tidak mahu disalah anggap, ibu kepada seorang cahaya mata itu berterus terang menjelaskan bahawa kerjaya modelnya adalah job sambilan sahaja.

Sebenarnya, kerjaya sebenar beliau adalah pekerja pembersihan kontrak di sebuah syarikat swasta.

Antara kata-katanya:

Walaupun aku seorang model…tak pergi kerja aku sebagai cleaner. Aku tak pernah malu dengan kerja yang aku lakukan, janji halal. Kerja jangan memilih.”

Meskipun ada yang mempersendakan dan tidak mempercayai perkongsian tersebut, wanita tersebut memberitahu, pihaknya memohon maaf kepada mereka yang salah faham.

“Ini bukannya content tetapi memang kerja saya. Sebelum mahu berkata-kata itu, tolong selidik dahulu ya?

“Alhamdulillah, terima kasih yang banyak memberi semangat, banyak beri kata-kata positif. Masa depan seseorang itu bukan kita menentukan, ALLAH SWT yang menentukan,” tulisnya.

@anna030611Wlaupun Aku Seorg Model…Tak Pi Keje Ku Sbagai Cleaner…Aq Tak Pernh Malu Dgn Kje Yg Aq Lakukan…Jnji Halal..Kerja Jgn Memilih..##fyp

♬ Gaun Merah (slow) – 🎵PEJUANG💫MALAM🎵

Siapa sangka, hanya mahu mengisi waktu terluang pada hujung minggu dengan job memperagakan baju berjenama dan busana pengantin bersama kenalan untuk mencari duit poket, kisah wanita cekal itu yang meneruskan kelangsungan hidup dengan melakukan kerja-kerja cleaner tular di media sosial.

Cerita kecekalan Rozana itu turut dikongsikan radio tempatan dan ramai masyarakat yang mendoakannya.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan wanita itu turut menitipkan kata-kata semangat.

Iklan

cleaner model

Tidak kurang juga menasihatkannya supaya mengabaikan kata-kata nista yang boleh menjatuhkan semangat.

cleaner model

cleaner modelTidak sangka, ramai juga geng cleaner memberi sokongan padu.

cleaner modelcleaner modelTidak kira apapun kerja yang dibuat, insya-ALLAH boleh membantu menambah pendapatan bulanan lebih-lebih pada era pandemik yang cukup genting ini.

Tidak kiralah kerja sebagai pengutip sampah sekalipun, yang penting ia halal.

Iklan

Bersyukurlah kepada mereka yang masih memiliki kerja berbanding mereka seperti ketua keluarga atau ibu tunggal yang tertekan selepas kehilangan pekerjaan gara-gara wabak virus korona.

Kepada yang masih bergaji, jangan malas dan jangan asyik merungut, terlalu berkira dan hanya mementingkan diri sahaja! #kitajagakita #janganputusasamalaysia