LAZIMNYA, bagi anak-anak yang pertama kali masuk ke sekolah, pasti banyak insiden melucukan menghiasi minggu orientasi.

Pulang tanpa stoking selain anak tudung hilang entah ke mana memang sudah biasa.

Kadang-kadang, lucu juga melihat gelagat mereka yang kepenatan belajar seharian sambil membawa beg yang lebih besar daripada badan menuju ke pintu pagar sekolah.

Kebiasaannya, kes barang hilang seperti pensil, pemadam dan pembaris waima pensil warna yang tidak pernah cukup jumlahnya pun kerap berlaku.

Pun begitu, insiden melucukan yang dikongsikan pengguna TikTok, @topekmt mengenai kisah anak perempuannya membuatkan ramai ketawa berdekah-dekah.

kain sekolah hilang

Mana tidaknya, anaknya pulang tanpa kain sekolah membuatkan ramai tertanya-tanya.

Dalam perkongsian video pendek berdurasi 31 saat itu, bapa tersebut berkongsi kisah sebenar.

kain sekolah hilang

"Ceritanya dia pergi tandas, selepas itu lupa turunkan kain. Bila cikgu nampak dan tanya mana kain, dia cakap tak tahu.

"Jadi, cikgu pun pasrah je dengan telatah anak murid," tulisnya.

kain sekolah hilang

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya kain sekolah tersebut tergulung di dalam baju yang dipakainya.

Iklan

Kata bapa itu lagi: "Kalau kita tengok pun, memang tak nampak baju itu kembung dengan kain yang bergulung. Nasib baiklah pakai seluar panjang."

Baca juga Ketahui 11 fakta ringkas Sekolahku Sejahtera, inisiatif untuk tangani buli

Aduhai adik, memang level confident itu sangat tinggi.

Video yang menerima lebih 272,000 tontonan itu menerima reaksi ramai netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Malah, mereka berkata ini kes terbaru dan rare!

kain sekolah hilang

Iklan

Yang penting, confident balik sekolah kena ada.

kain sekolah hilang

Patutnya ada orang yang tolong betulkan kain dia.

kain sekolah hilang

Macam-macam ragam anak di sekolah, yang hilang sebab sesat masuk kelas lain pun ada.

kain sekolah hilang

Apa-apa pun, confident level kamu memang tinggi.

kain sekolah hilang

Moga tiada yang mengecam adik itu ya? Bukan apa, mereka pun masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi.

Sesi persekolahan yang sudah bermula sejak minggu lepas merakamkan pelbagai kenangan manis dan melucukan buat ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Moga semua anak-anak yang mengikuti sesi persekolahan tahun ini dapat belajar dengan baik walaupun berdepan norma baharu.