SANGGUP berlapar dek tiada duit saku ketika bersekolah memang memeritkan.

Lebih-lebih bila kawan-kawan lain dapat menikmati makanan ketika waktu rehat, ada segelintir mereka terpaksa menelan air liur saja.

Mujurlah jika ada individu prihatin yang sudi menyumbang nasi lemak sebagai juadah isi perut kepada pelajar memerlukan.

nasi lemak

Perkongsian pemilik Facebook, Maisarah Hannan ternyata menarik perhatian warganet.

Iklan

Kerana kita akan lebih bahagia jika perut kita kenyang…

Kami kembali setelah bercuti lama

Terima kasih penyumbang sebab buat mereka gembira.

Moga kalian sentiasa dalam rahmat Nya.

Tiada murid yang harus berlapar!

nasi lemak
Rata-rata warganet terharu dengan kesungguhan individu prihatin yang sudi membantu dengan sumbangan makanan.

Bila covid 19 masih ada, semua pelajar makan dalam kelas waktu rehat setengah jam.

Ada pelajar yang datang sekolah dengan perut kosong akibat susah, divorced family.

Ibu hanya balik ke rumah jam 10 malam menjadi pemandu grab. Actually kena rajin sikit supaya anak2 tak lapar.

Kalau cikgu tau alhamdulillah boleh tolong sikit2…kalau cikgu tak tau kesian anak2.

Mudah-mudahan usaha murni ini berterusan. Moga adik-adik kuat berdepan dugaan hidup. #janganputusasamalaysia

Iklan