MUSIM panas ketika ini membuatkan si bulus suka melepak di tempat-tempat sejuk dan berbumbung.

Tidak kira bahaya atau tidak, yang penting si kucing selesa boleh melelapkan mata.

Ada yang suka tidur di bawah kereta dan atas tayar, malah dalam enjin pun ada.

kucing dalam tayar kereta

Bayangkan jika tiada yang perasan, boleh mengundang bahaya. Takut tergilis atau maut dalam enjin tersebut.

Situasi mencemaskan itu turut berlaku kepada seorang pengguna TikTok yang kebetulan ternampak kaki si bulus terjulur keluar daripada tayar keretanya.

Gadis itu yang dikenali dengan nama @atulbarry secara lucu menegur seekor kucing yang tidur di atas tayarnya.

“Nasib baik aku perasan. Nasib baik aku tak bawa kereta lagi. Adik, assalamualaikum, tidurkah? Awak janganlah tidur dekat sini, orang tak nampak, ” tegurnya spontan.

@atulbarrykalau tak pecah kepala kau dik.♬ original sound – Aretuwl Barry

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Memang agak kelakar mendengar perbualan gadis itu yang pada mulanya agak panik melihat kaki si bulus itu.

Pun begitu, muka selamba si kucing itu membuatkan ramai geram.

Dalam video pendek dengan kapsyen yang ditulis,” kalau tak pecah kepala kau dik” turut menerima lebih 457,000 tontonan.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut terhibur dengan perbualan lawak tersebut.

kucing dalam tayar kereta

Mungkin si bulus mahu ikut sekali berjalan.

kucing dalam tayar kereta

Iklan

Nasib baik nampak stoking itu dulu.

kucing dalam tayar kereta

Tidak kurang juga yang berseloroh jangan lupa tolong basuhkan stoking.

kucing dalam tayar kereta

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

kucing dalam tayar kereta

Iklan

kucing dalam tayar kereta

Nampaknya, banyak ragam si bulus yang dikongsikan pencinta kucing dalam media sosial.

Ada paparkan gelagat ‘mereka’ bermain papan lunsur dan berjalan-jalan tak ingat jalan pulang.

Terdapat juga video yang mana si manja mahukan perhatian tuannya termasuk mengacau kerja rumah. Alahai.

Pastinya perangai si oyen masih mendahului pesaingnya yang lain. Mana tidaknya, banyak video lucu dikongsikan cukup menghiburkan.