'Contoh terbaik pemimpin Islam.' Anniversary ke-37, Agong, Permaisuri sambut dengan doa selamat, bacaan Yasin

A
A
A

ANNIVERSARY atau ulang tahun perkahwinan ke-37, pasangan diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diraikan dengan penuh sederhana.

Sering mendapat perhatian ramai lantaran gelagat romantis, bersederhana dan mesra rakyat, pasangan itu mengadakan doa selamat dan bacaan Yasin sempena ulang tahun perkahwinan ke-37 pada 6 Mac 2023.

(Kredit foto: Facebook Istana Negara)

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

(Kredit foto: Instagram Istana Negara)

Majlis tersebut diadakan di Surau Utama, Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.

Turut sama dihadiri Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan putera puteri baginda berdua dan kerabat diraja Pahang.

(Kredit foto: Instagram Istana Negara)

Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Raja Permaisuri Agong yang merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Darul Takzim.

(Kredit foto: Instagram Istana Negara)

Baca juga: Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan- Ustaz Ebit sebak kesungguhan Tengku Hassanal

Baca juga: Ramai teruja Agong, Permaisuri tiba-tiba muncul di restoran, bawa anakanda, cucunda santap ayam goreng

Hampir empat dekad melayari bahtera perkahwinan, seri paduka berdua diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata.

Warga maya teruja dengan sikap sederhana pemimpin negara itu mendoakan agar kedua-duanya diberikan kebahagiaan yang berpanjangan.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersama empat puteri dan putera (Kredit foto: Instagram Istana Negara)

- "Good example pemimpin Islam. Jaga rumahtangga, anniversary buat doa selamat. Tak terfikir nak buat macam ni. Nanti kahwin nak buat juga."

- "Daulat Tuanku, semoga Tuanku sentiasa berbahagia hingga ke jannah."

-"Selamat hari ulang tahun perkahwinan Seri Paduka Baginda berdua, moga berkekalan hingga ke syurga."

- "Semoga ALLAH melimpahkan rasa kasih dan sayang kepada Tuanku Agong dan Tuanku Permaisuri Agong berdua."

Baca juga: Beauty with brain, Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Sumber: Instagram Istana Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca