RAKYAT Malaysia terkenal dengan sifat pemurah dan prihatin. Malah ia juga mencetuskan slogan ‘rakyat tolong rakyat.’

Nasib seorang pekerja p-hailing, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar, 26, menjadi perhatian ramai selepas motosikal miliknya disita dalam satu sekatan jalan raya.

Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati ramai yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.

Beliau yang dipercayai terpaksa berjalan kaki untuk menghantar makanan susulan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan cukai jalan sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Baca juga: Rider galas beg makanan jalan kaki buat ramai simpati, rupanya ini yang berlaku

Tidak lama selepas kisahnya tular, pempengaruh Aisar Khaledd bermurah hati menyumbangkan sebuah motosikal kepada Muhammad Shahrul.

Aisar yang berkongsi rakaman video telah berkunjung ke rumah lelaki berkenaan sebelum membawanya membeli motosikal baharu.

Selain sumbangan motosikal, Aisar juga turut menyerahkan wang tunai buat Muhammad Shahrul.

Walaupun ramai yang mengecam pihak berkuasa seolah ‘tiada simpati,’ pemuda itu menerima hukuman dengan hati yang terbuka.

Baca juga: Allahuakbar, jasad rider maut nahas pesawat terhempas Elmina ditemukan sempurna, keluarga terima berita sayu usai solat Maghrib

“Saya akui memang salah saya jadi terima sahaja hukuman malah anggap sahaja apa yang berlaku sebagai pengajaran katanya kepada portal berita tempatan.

Muhammad Shahrul turut menceritakan perkara sebenar yang berlaku sekali gus memperbetulkan tanggapan ramai.

Ujarnya, motosikal miliknya disita dalam satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Saya ada membaca komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh 4 kilometer tanpa arah.

“Itu semua tidak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

” Tapi mungkin ada yang membuat penilaian berdasarkan gambar dan video yang tular,” kongsinya.

Iklan

Baca juga: Demi isteri rider, keluarga mangsa kemalangan dirempuh SUV, RM204,322 dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

Kredit foto: Social Media

Sementara pelawak, Achey turut prihatin dan ingin membantu. Berkongsi telah menghubungi Muhammad Shahrul dan menyatakan kesyukuran atas bantuan yang diberikan oleh Aisar.

Dalam masa yang sama, Achey berbesar hati untuk membantu menanggung kos Muhammad Shahrul mengambil kenderaan disita itu di Senawang.

Ujar Achey, selain cukai jalan dan LKM, motosikal yang disita tidak dipasang cermin sisi kiri dan penutup rantai.

“Saya sudah bercakap dengannya, jika ada sebarang kos untuk mendapatkan kembali motosikal yang disita dan ‘buat’ balik,’ jangan sampai keluarkan duit sendiri.

“Insya-ALLAH Tiara Candy sudi membantu,” ujar Achey.

Iklan

Laju sungguh masyarakat kita, prihatin membantu insan dalam kesusahan. Semoga ia menjadi inspirasi dan ikutan pada masa akan datang.

Baca juga: Rider kayuh 3km hantar makanan, rupanya order palsu. Nasib baik ada tolong bayar RM80

Sumber: TikTok Aisar Khaledd, Kedai Achey

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!