'Flying fox' dukung anak, wanita dikecam abai keselamatan, 14 info perlu tahu

A
A
A

AKTIVITI ekstrem seperti terbang kelawar (flying fox) memang mengujakan para pencinta aktiviti rekreasi. Namun baru-baru ini tindakan seorang wanita melakukan aktiviti lasak itu sambil mendukung anak menerima kecaman orang ramai kerana didakwa mengabaikan keselamatan.

Baca juga: Hati-hati sukan ekstrem! Wanita malang jatuh rope swing, terhempas dalam sungai

Baru-baru ini rakaman dron tersebut menjadi tular di laman sosial yang menimbulkan rasa kurang senang kepada warga siber. Ujar mereka:

- “Terbaik PDRM…siasat sekali penganjur yang membenarkn aksi itu dilakukan…perkara seperti ini perlu dibanteras sebelum merebak.”

- “Seram tengok. Mujur tak jadi apa-apa kan? Kalau tidak, menangis tidak berlagu.”

- “Ada orang diuji kehilangan anak akibat kemalangan, meratapi menyalahkan diri meskipun kemalangan tu tidak dipinta. Ada orang yang berbelas tahun menunggu tapi masih belum dikurniakan anak hingga kini. Kenapa yang sudah ada anugerah itu pertaruhkan nyawa sedangkan sudah tahu risikonya sangat bahaya. Moga tidak menjadi ikutan dan trend.”

- “Tiada ciri keselamatan langsung. Topi keselamatan tidak dipakai. Semua tidak lengkaplah.”

- “Manusia sentiasa leka dan lalai. Ini salah satu contohnya. Tidak menghargai nyawa yang ALLAH kurniakan.”

- “Flying fox dicipta hanya kepentingan tertentu. Jika mahu buat, pastikan kelengkapan alat dan had umur dipatuhi. Bukan sekadar rasa hendak mencuba sahaja.”

Baca juga: 9 fakta kes ibu didakwa cuai abai 3 anak selama 4 bulan, netizen luah sedih, tak puas hati

Video tular itu rupanya rupanya dilaporkan kepada pihak berkuasa. Berikut info daripada Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Bin Abdullah yang mendedahkan lapan info berkaitan:

1-Video berkenaan tular di beberapa laman sosial hingga menimbulkan kerisauan pada warga siber.

2-Netizen meluahkan rasa risau wanita membawa kanak-kanak sambil bermain flying fox.

3-Polis Hulu Selangor mengesahkan menerima laporan polis berhubung video yang tular pada 13 November 2022 kerana wanita terbabit dikatakan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya.

4-Kejadian disahkan berlaku di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor.

Baca juga: 5 sukan lasak yang semakin digemari ramai tak kira peringkat umur

5-Polis Hulu Selangor telah membuka satu kertas siasatan yang disiasat dibawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2006 bagi menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat.

6-Sementara itu polis meminta orang ramai bertenang masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular.

7-Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular di seru untuk tampil membantu siasatan pihak polis atau boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.

8-Seksyen 31 (1)(a) (Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016) yang melbatkan kesalahan pengabaian keselamatan terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada 20 tahun atau kedua-duanya).

Kredit foto: Pexels

Aktiviti flying fox perlu dilakukan dengan menitikberatkan faktor keselamatan. Menurut Asia Camp, ia perlu dilakukan dengan menggunakan:

Kredit foto: Pexels

1-Kabel ultra-kuat atau ‘zip line’ yang dipasang pada badan dengan abah-abah dan takal

2-Tali boleh laras 1 meter dan 1.8 meter

3-Kunci karabiner

4-Tali hayun

5-Topi keledar

6-Sarung tangan

Benar ia adalah pengalaman yang bagus untuk perkembangan minda dan meningkatkan keyakinan diri, namun jangan abai keselamatan ya!

Baca juga: Seronok bertukar tragedi, nurse maut terjatuh pemainan taman tema 66 kaki

Sumber: FB Polis Daerah Hulu Selangor, MyHealth KKM,Asia Camp

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca