'Goodbye Kuala Lumpur, jauh di mata, dekat di hati.' Hantaran TikTok Raja Permaisuri Agong undang sebak & sayu

A
A
A

'GOODBYE Kuala Lumpur.'

Demikian titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam hantaran di laman sosial TikTok.

Berkongsi foto menaiki pesawat, Raja Permaisuri Agong ke-16 itu sempat memberikan mini love dan flying kiss.

Selain menzahirkan selamat tinggal, bonda kepada enam cahaya mata itu turut meninggalkan pesanan buat warga maya.

Baca juga: Nak sambal kicap lebih sedap, Raja Permaisuri kongsi tip masukkan belacan. Komen wanita ini jadi perhatian!

Baca juga: Pesakit kanser tahap empat berhasrat bersua Permaisuri Agong, gembira dapat ke Langkawi

"Ingatku dalam doamu. Jauh di mata, dekat di hati.

"Terima kasih Malaysia," titipnya.

Menerusi ruangan komen akaun TikTok Tengku Ampuan Pahang itu, warga maya menyatakan sebak dan hiba menyaksikan permaisuri berjiwa rakyat itu bakal kembali ke Pahang Darul Makmur.

Baca juga: Video perkahwinan diraja tular, Raja Permaisuri Agong doa Tengku Hassanal bertemu jodoh dengan puteri

Baca juga: 'Tuanku sentiasa di hati rakyat.' Momen terakhir Agong bersama ATM buat Raja Permaisuri menitiskan air mata, rakyat jelata sebak

Baca juga: Sempoi ngeteh santap cendol, Yang di-Pertuan Agong berkenan bawa Putera Albert II lepak gerai

Baca juga: Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit 'are' Sindrom Werewolf

- "Terima kasih Seri Paduka Tuanku berdua. Lima tahun memerintah meninggalkan kenangan manis untuk rakyat Malaysia. Tuanku sentiasa berada di hati kami. Daulat Tuanku."

- "Ampun Tuanku, jangan bye-bye dulu. Belum 30 Januari tetapi hati patik sudah sebak."

- "Tak sanggup Tuanku, nanti pasti akan merindui Raja Permaisuri Agong tersayang kami. Tuanku tetap di hati kami selama-lamanyanya."

- "Tak sanggup rasanya namun apakan daya. Sayangnya kami kepada Tuanku Permaisuri."

- "Percayalah momen-momen Tuanku Permaisuri akan jadi kenangan yang paling bermakna buat rakyat, menjunjung kasih Tuanku."

- " We will miss you, take care my lovely Raja Permaisuri Agong."

- "Thank you our dearest Queen Nation's Mama. Semoga sihat selalu hendaknya."

- "Menjunjung kasih Tuanku. Moga Seri Paduka Tuanku berdua di bawah rahmat ALLAH sentiasa. Thanks for the such memorable n wonderful five years."

Baca juga: 'Sweet adinda, kekanda berpelukan' ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Baca juga: 10 fakta menarik Sultan Johor, Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Baca juga: Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

Berjiwa rakyat, itulah istilah tepat yang ditujukan buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok mencemar duli muncul di khalayak bersama-sama rakyat tanpa mengira bangsa serta agama.

Justeru, tidak hairanlah begitu sayangnya rakyat kepada baginda berdua.

Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024.

Baginda telah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Baca juga: Contoh terbaik pemimpin Islam. Anniversary ke-37, Agong, Permaisuri sambut dengan doa selamat, bacaan Yasin

Baca juga: Ramai teruja Agong, Permaisuri tiba-tiba muncul di restoran, bawa anakanda, cucunda santap ayam goreng

Baca juga: Sempoi ngeteh santap cendol, Yang di-Pertuan Agong berkenan bawa Putera Albert II lepak gerai

Al-Sultan Abdullah sebelum ini menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dipilih menjadi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Sumber: TikTok @cmspahang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca