Hadapi 32 pertuduhan, bapa tiri remaja perempuan berdepan hukuman penjara 830 tahun jika bersalah, 10 info berkaitan

A
A
A

Hadapi 32 pertuduhan, bapa tiri remaja perempuan berdepan hukuman penjara 830 tahun jika bersalah, 10 info mengenainya

BARU-baru ini kes kehilangan remaja perempuan berusia 16 tahun di Jasin, Melaka mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. ‘Rayuan’ si ibunya melalui sosial media yang meruntun hati ramai rupanya membongkar jenayah yang tragis.

Baca juga: Remaja hilang 18 hari dakwa dinoda bapa tiri, warganet kesal tindakan ibu, 6 info wanita perlu tahu

Kehilangan remaja berkenaan didakwa si ibu selepas ditegur menggunakan telefon bimbit terlalu lama. Pencarian anak sulungnya selama 18 hari berakhir apabila gadis itu ditemui dalam keadaan selamat di Kampar, Perak.

Ramai menyangkakan segalanya sudah berakhir namun warga maya sekali lagi dikejutkan apabila satu laporan polis dibuat mendakwa gadis berkenaan menjadi mangsa perkosa bapa tiri sejak tahun 2020.

Menanggung derita selama tiga tahun, remaja itu mengaku telah keluar dari rumahnya itu secara sukarela dan bukan paksaan.

Susulan itu warga maya meluahkan kekesalan dan berang apabila mengetahui si ibu mengetahui perbuatan terkutuk suami namun tidak bertindak menghentikannya!

Baca juga: Di mana Aliah Qistina? Gadis 16 tahun hilang, ibu kongsi peristiwa aneh malam kejadian

Bapa tiri serta ibu kandung mangsa masing-masing berusia 36 dan 40 tahun yang menjadi suspek kes berkenaan ditahan kira-kira jam 9.30 malam 8 April 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sejurus tiba dari Sabah.

Berikut adalah info berkaitan kes:

1-Baru-baru ini, portal berita tempatan melaporkan lelaki berkenaan bakal menghadapi 32 pertuduhan Mahkamah Seksyen Ayer Keroh, Melaka.

2- Ia termasuk merogol, seks menggunakan objek dan amang seksual terhadap remaja berkenaan.

3- Ibunya yang berusia 41 tahun turut direman bagi membantu siasatan dengan menjadi saksi kepada pendakwaan tersebut.

4-Menurut polis, siasatan terhadap kes tersebut sudah pun selesai dan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) semalam bagi melengkapkan pendakwaan.

5- Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai tenaga pengajar kelas renang berdepan 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Baca juga: Setahun dirogol, liwat, akhirnya bapa dan 3 abang dicekup. Derita remaja perempuan berakhir

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

7-Dia juga akan didakwa bagi 12 tuduhan melakukan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

8-Tidak hanya itu, dia juga akan dituduh atas lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.

9- Jika disabitkan kesalahan, suspek bakal berdepan dengan 32 pertuduhan dan menjadikan jumlah maksimum hukuman yang dikenakan terhadapnya ialah sebatan serta 830 tahun penjara.

10-Jenayah berkenaan dilakukan sejak Januari 2020 di mana mangsa ketika itu sedang tidur di dalam biliknya. Dia didatangi suspek yang bertindak menutup mulutnya sebelum meraba dan memperkosa.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Netizen bengang, lelaki beristeri dua tergamak jadikan anak ‘hamba s*ks’ dipenjara 45 tahun, 24 sebatan

10 perkara membantu mangsa perkosaa

Jenayah memperkosa bukanlah perkara asing kini, walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 1,481 kes jenayah seksual dilaporkan pada tahun 2021 melibatkan mangsa berumur 18 tahun manakala kes sumbang mahram dan luar tabii mencatat 222 kes dan 62 kes. Bagaimanakah nasib mangsa kini?

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Selain bersimpati dengan mereka, berikut adalah beberapa cadangan tentang apa yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa rogol dan serangan seksual. Antaranya:

1-Elakkan untuk menghakimi atau menyalahkan mangsa tentang apa yang telah berlaku. Sebaliknya, dengar dan jangan memaksa mereka untuk memberitahu lebih banyak maklumat jika mereka tidak selesa untuk mengatakannya.

2-Berikan mereka ruang untuk aktif dan berada dalam kawalan diri mereka. Tanyakan bagaimana anda boleh membantu. Sebagai contoh, sumbangkan idea tentang apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan. Tetapi biarkan mereka membuat keputusan mereka sendiri tanpa tekanan. Anda juga boleh membantu mencarikan maklumat berguna, tetapi jangan paksa mereka untuk melakukan atau bercakap dengan sesiapa sekiranya mereka tidak mahu, seperti polis, pengamal am atau perkhidmatan sokongan.

3-Jangan mengawal segalanya. Hormati pilihan mereka dan jangan merancang sebarang rawatan atau pemulihan untuk mereka. Hanya mereka yang mengetahui apa yang mereka rasa. Disebabkan itu, cara yang terbaik untuk mereka pulih adalah bergantung kepada kehendak mereka sendiri.

4-Ketika mendengar luahan mereka, pastikan anda sentiasa bertenang. Jangan sesekali cuba untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai penyerang; dalam beberapa kes, mereka mungkin belum bersedia untuk bercakap mengenainya. Menulis atau mencatat mengenainya mungkin merupakan cara yang terbaik untuk membantu mereka ‘melepaskan’ apa yang mereka tidak mahu luahkan secara lisan tentang apa yang mereka lalui.

Baca juga: Bapa durjana! Cabul, rogol 2 anak dipenjara 20 tahun, 8 sebatan. Berikut fakta kes

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

5-Berikan mereka ruang. Sebahagian besar proses pemulihan adalah dengan memberikan mereka merasai semula kawalan ke atas kehidupan mereka, jadi menyedari bila masa yang sesuai untuk memberikan mereka ruang adalah sangat penting.

6-Sesetengah mangsa yang mengalami serangan seksual mungkin akan berdepan dengan masalah perhubungan secara fizikal dan ada masanya mereka tidak mahu disentuh. Jadi hormati kehendak mereka.

7-Tunjukkan sokongan. Sentiasa ada untuk mereka bila diperlukan. Mereka mungkin memerlukan sokongan anda untuk satu tempoh yang lama.

Jika anda merasakan mangsa memerlukan pemeriksaan perubatan, tanya dan dapatkan persetujuan daripada mereka sebelum menghubungi bantuan perubatan.

8-Dalam masa anda memberikan perhatian kepada rakan anda, anda juga masih tetap perlu menjaga diri anda sendiri. Emosi anda mungkin terjejas dari beberapa aspek apabila anda mengetahui seseorang yang anda kenali telah menjadi mangsa rogol. Sebagai contoh, anda mungkin merasa marah, kecewa dan tidak berdaya.

9-Dapatkan pandangan dan rundingan daripada kaunselor, ahli psikologi atau pengamal am untuk membantu anda lebih memahami dan mengawal reaksi anda terhadap apa yang telah berlaku dan membolehkan anda untuk membantu rakan anda dengan lebih baik.

10-Sebenarnya, kita sendiri mungkin tidak tahu jika individu yang rapat dengan kita pernah atau sedang menjadi mangsa rogol dan serangan seksual. Ini kerana mereka mungkin mahu menyorokkannya daripada pengetahuan individu lain kerana malu dengan keadaan mereka.

Baca juga: Sedih…anak mithali selamatkan ibu diperkosa, tetapi dibunuh secara brutal oleh pelaku

Sumber: Hello Doktor, Jabatan Perangkaan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca