Ibu sedih anak baru lahir dibinkan nasab Abdullah, suami enggan bekerjasama buat MyKid
SELALUNYA suamilah orang yang bertanggungjawab menguruskan pendaftaran anak yang baru lahir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Selepas si ibu bersusah payah melahirkan zuriat ke dunia, itu adalah tugas khas untuk golongan ayah untuk anak tercinta.
Namun lain pula halnya bagi wanita ini, Nursufia Johari yang mendakwa suaminya enggan bekerjasama untuk mendaftarkan cahata mata ketiga mereka.
Dek kerana keengganan suami menyerahkan dokumen diperlukan, wanita itu yang juga dikenali sebagai Cik Pia mendakwa bayinya terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah.
Baca juga: Cara mudah tukar nama anak di JPN, mak-mak wajib tahu
“Sedih sangat, apalah salah anak ini. Ya ALLAH permudahkanlah urusan yang sulit ini. Semoga anak ini mendapat haknya,” titipnya.
Bagi mendapatkan kepastian wanita itu menghubungi kakitangan JPN dan dimaklumkan perlu membawa beberapa dokumen seperti kad pengenalan dan salinan suami, sijil nikah dan buku rawatan pranatal ibu untuk proses pendaftaran anak.
Proses pendaftraan bayi baru lahir perlu dibuat dalam masa 60 hari.
Cik Pia turut dimaklumkan sekiranya dokumen pengenalan bapa tidak dikemukakan, bahagian maklumat bapa tidak dapat dimasukkan. Paling menyedihkan, anaknya itu perlu dibinkan dengan nasab Abdullah atau 99 nama ALLAH.
Baca juga: Beri nama anak panjang berjela, kemudian mahu tukar kembali? Ini panduan dan syarat-syaratnya
“Itulah masalahnya yang salinan pun tak bagi kerjasama, apatah lagi yang original kan?” kongsinya.
Difahamkan sesiapa sahaja boleh mendaftarkan bayi yang baru lahir. Tidak hanya bapa, ibu juga boleh berbuat demikian asalkan kad pengenalan bapa dibawa bersama.
Sedih dengan nasib anaknya, Cik Pia reda meluahkan reda dengan aturan ALLAH.
“Walaupun anak lahir dengan cara yang sah, di mana hati seorang bapa. Di mana keadilan anak-anak yang ditinggalkan bapa tanpa tanggungjawab?,” luahnya.
Dalam masa yang sama, Cik Pia turut bimbang akan masa depan si kecil.
“Cuma takut besar nanti dia akan tanya kenapa abangnya ada bin dia nama lain,” kongsinya yang kini tidak tahu lokasi keberadaan suami.
Baca juga: Kena kecam sebab letak nama anak Mipan Zuzuzu, ini penjelasan si bapa
Bersimpati dengan Cik Pia, warga maya memberikan beberapa cadangan bernas yang diharapkan membantu.
Antaranya bertemu terus dengan suaminya, membuat permohonan khas atau rayuan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Ujar mereka:
-“Cik Pia pergi terus jumpa suami. Bawa bapa Cik Pia sekali. Orang lelaki ni akan segan dengan org tua kalau tak nak bagi kerjasama.”
-“Cik Pia terus berurusan dengan pengarah JPN. Buat surat permohonan khas. Kes Cik Pia sudah viral, harap dipermudahkan.”
-“Boleh je daftar lewat anak. Setelkan dulu kes penceraian. Nanti dia kena hadir. Tak hadir kena penjara. Masa tu selesaikan semua termasuk hak dan daftar anak.”
-“Ada tengok satu video suaminya tak beri kerjasama. Wanita itu buat rayuan di JPN. Akhirnya JPN bekerjasama dan anak boleh dinamakan berbin bapanya.”
Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga
Menerusi tinjauan SinarPlus, berikut adalah enam info berkaitan pendaftaran kelahiran dan dokumen-dokumen yang diperlukan.
1-Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
2-Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
-Ibu atau bapa kanak-kanak itu
-Penjaga kanak-kanak itu
-Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
-Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf).
3-Pemaklum kelahiran dikehendaki hadir di JPN berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
4-Dokumen diperlukan adalah seperti berikut:
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
- Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung
5-Tiada bayaran dikenakan (RM50 fi dikenakan bagi pendaftaran yang dibuat selepas 60 hari)
6-Anda perlu menggunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.
Sumber: norsufiajohari, JPN
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang