SIAPA sangka, keputusan untuk berhenti daripada berkhidmat sebagai jururawat memberi masa depan yang cemerlang buat Nur Intan Amiera Khairul Zahari.

Keputusannya untuk membina jenama Hemera Amanda Abaya berhasil apabila pakaian Muslimah itu mendapat perhatian daripada khalayak.

Nur Intan Amiera atau mesra disapa Amanda memberitahu SinarPlus, jalan untuk menuju kejayaan tidak mudah sebenarnya.

Disebabkan kurang ilmu pemasaran, wanita berusia 31 tahun itu berdepan dengan masalah untuk mempromosikan koleksi jubah dan abaya yang diimport khas dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

“Memang saya bermula daripada zero. Pada enam bulan pertama, jualan agak sendu. Tidak mahu mengalah, saya belajar dan ikuti kelas pemasaran secara online.

bekas jururawat jual abaya

“Bagi saya, ilmu pemasaran sangat penting untuk mereka yang berjinak-jinak dengan jualan online,” ceritanya yng menetap di Johor Bahru.

Bermula daripada 100 helai pertama, beliau kemudiannya mencuba pelbagai strategi terbaik untuk memperkenalkan Hemera Amanda Abaya.

Lebih setahun lamanya berusaha, barulah Amanda tersenyum puas. Masakan tidak, hasil jualan mencecah angka RM1 juta dengan lebih 4,000 helai terjual.

bekas jururawat jual abaya

Dengan lima pekerja, sokongan suami juga penting dianggap sangat penting kerana lelaki kesayangannya banyak membantu memberikan pendedahan ilmu dalam dunia jualan.

Kata bekas jururawat di hospital swasta itu lagi, niatnya untuk berjualan pada mulanya hanyalah disebabkan mahu membeli pakaian sopan untuk berkhidmat di kota Makkah.

bekas jururawat jual abaya

Baca juga Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya

Kemudian, wabak Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan sang suami menasihatkan beliau berhenti kerja gara-gara lambakan kerja yang terlampau banyak.

bekas jururawat jual abaya

“Namun, benarlah orang kata, bila kita sudah terbiasa sibuk dengan kerja, hidup serba tak kena dibuatnya bila duduk di rumah saja,” selorohnya sebelum timbul idea membuka bisnes.

JANGAN MENGALAH

Menurut Amanda, masa yang silih berganti akhirnya membuatkan beliau berjaya menemui pembekal abaya dan jubah di Dubai setelah bertungkus-lumus ke arah itu.

Pun demikian, disebabkan sempadan negara masih belum dibuka pada ketika itu disebabkan wabak Covid-19, beliau terpaksa menangguhkan hasratnya ke negara maju itu.

bekas jururawat jual abaya

Iklan

“Saya ambil masa kira-kira dua bulan untuk mencari sumber material abaya original. Saya juga hampir ditipu. Nasib baiklah, saya dapat jumpa pengilang asal.

“Memang perjalanan itu bukanlah senang, lagi-lagi buat saya yang masih baharu tapi semuanya memberi pengalaman berguna,” ungkapnya.

bekas jururawat jual abaya

Baca juga Inspirasi! Wanita pun boleh buat kerja lelaki, nenek 16 cucu angkat tong gas setiap hari demi rezeki

Justeru, kepada wanita di luar sana yang ingin membuka paradigma baharu dalam kehidupan dengan berniaga, Amanda berpesan supaya jangan sesekali mengalah jika berdepan dengan cabaran.

bekas jururawat jual abaya

Iklan

“Jika tiada produk sendiri pun, jangan risau kerana banyak pilihan yang boleh menjana duit. Jangan malas untuk belajar ilmu marketing dan sentiasa peka dengan produk semasa.

Baca juga Pernah menyanyi di kelab, bermula dari bawah, kisah jatuh bangun Aina Abdul jadi inspirasi!

“Paling utama, kita jangan sesekali cepat give up, semua kesusahan itu sebenarnya yang membentuk diri kita lebih kuat,” pesannya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.