AMALAN bersedekah makanan pada bulan Ramadan amat digalakkan. Apatah lagi, menjamu orang makan cukup besar pahalanya.

Tak dinafikan, ramai berebut-rebut untuk membuatkan kebaikan sepanjang bulan puasa.

Cuma sayangnya kalau istilah sedekah itu disalahertikan oleh segelintir orang sehingga menimbulkan rasa kurang senang.

Kisah yang dikongsikan Hamidi Ahamad menerusi akaun Facebook membuatkan ramai pihak bersedih meskipun insiden tersebut sudah berlaku kira-kira tujuh tahun lalu.

Menurut pengasas Madrasah Tahfiz Al-Quran Hamidiyah yang terletak di Batu Pahat, Johor itu, posting beliau pernah tular sebelum wujudnya istilah viral.

sedekah kuih

Sekeping foto tentang bungkusan kuih yang disedekah kepada anak-anak tahfiz dengan bentuk sudah tak serupa asal membuatkan ramai kecewa.

“Inilah rezeki moreh anak-anak tahfiz yang acap kali terjadi tetapi dunia luar kurang maklum.

“Kuih-muih yang tidak habis dijual di bazar dihantar ke madrasah-madrasah dalam keadaan si penjual berebut-rebut hendak pulang berbuka,” tulisnya.

 

Meskipun pelajar yang menerimanya tetap bersyukur kerana mereka sudah dididik sedemikian rupa, namun para guru dan pihak pengurusan hampir menitiskan air mata.

“Saya amat sarankan jika anda hendak beri sesuatu seperti makanan khususnya, berilah yang terbaik untuk anak-anak ini.

“Belilah atau berilah yang segar dan bukan sisa-sisa jualan tuan puan. Insya-ALLAH pasti rezeki anda berkat dan dilimpahi rahmat,” tambahnya dengan penuh harapan.

sedekah kuih

Perkongsian tersebut membuat ramai terkilan. Tidak kurang yang ‘berangin’ apabila mengenangkan nasib anak-anak madrasah tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Nani Rohani M Talib memberitahu, jika niat mahu bersedekah, biarlah sempurna.

“Allah…anak-anak huffaz kita bukannya kebuluran, tak cukup makanan di madrasah. Gelandangan yang melata kat KL pun tak diberikan makanan yang macam ni, malah lebih sempurna keadaannya.

sedekah kuih

“Inilah mentaliti masyarakat. Tak habis jualan, bagi kat anak-anak huffaz kononnya daripada terbuang membazir, baik bagi kat mereka,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Rapizah Mohd Talib turut simpati dengan insiden tersebut.

Baca juga Jangan malas bersedekah, tak perlu tunggu Ramadan. 5 janji ALLAH orang rajin sedekah

“Kasihan anak-anak kita. Mereka tentu gembira menyambut tapi sayang, dalam keadaan kurang sempurna. Pasti terdetik terkilan di hati mereka. Allahurabbi…”

Sedekah lebih afdal jika…

Sementara itu, Habsah Hassan juga berkongsi dengan ilmu yang dipelajari ketika mengikuti ceramah agama.

sedekah kuih

“Pernah dengar ceramah ustaz, lagi afdal diberi sebelum melakukan jualan. Sama gak kalau nak beri seseorang hadiah, berilah barang yang kita paling suka. Wallahualam.”

Bagi Iza Zaidah pula, kalau ya pun mahu bersedekah, berilah yang elok.

“Jangan macam sampah. Ingat budak-budak ini tak cukup makan ker? Astaghfirullah.”

sedekah kuih

Saranan yang dikongsikan oleh Che Amri pula, kalau makanan yang lebih tidak laku dijual, lebih baik dimakan sendiri.

Iklan

“Tak payah nak hantar ke budak tahfiz. Kalau nak bagi, bagi yang elok. Sudahlah bagi sisa, lepas tu canang satu kampung konon baik bagi makan anak-anak tahfiz.”

Baca juga Jangan terlalu lokek, tak kurang sedikit pun harta kita kalau bersedekah atau berwakaf

“Apa salahnya ketepikan dahulu untuk anak-anak ini. Dah tak habis, barulah nak bagi. Kalau bagi dalam keadaan sempurna tak apalah,” tulis Siti Zabidah Mohd Ramli.

sedekah kuih

Yatt Sout juga berang dengan tindakan sedemikian kerana baginya, kalau niat nak sedekah, utamakan dulu makanan yang nak diberi dalam keadaan sempurna.

“Ini sisa namanya. Bagi anak-anak makan macam ni. Minta maaf cakap ya tapi inilah realiti. Tak habis berniaga, campak ke tahfiz macam ini.”

Tidak kurang juga ada yang berpendapat, mungkin kuih itu jenis lembut dan mudah menjadi rosak.

sedekah kuih

Kata Rul Zanrif, tepung pelita memang fragile.

Iklan

“Semalam letak dalam shopping bag, tergolek macam ini, tapi guna sudu masukkan balik dalam bekas lain.

“Sebab rezeki tak elok dibuang, bila makan masuk dalam perut bercampur juga,” katanya.

Aiman Bundle juga berpandangan bahawa kuih tersebut bukan sisa lebihan Ramadan.

sedekah kuih

“Niat nak memberi, benda ni lembut. Sangat mudah berkocak dan pecah, mana tahu kot terlanggar dan terkeluar daripada polisterin.

“Mudah-mudahan yang lebih baik akan datang,” kongsinya.

Moga insiden sebegitu menjadi iktibar buat kita semua. Paling penting, niat kita nak bersedekah dan hati kena ikhlas. Betul tak betul?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!