Menangis hantar anak ke pengasuh setiap pagi, dilema hati wanita kental umpama batu granit

A
A
A

MENANGIS setiap kali menghantar anak ke rumah pengasuh atau pusat penjagaan adalah situasi yang terpaksa dihadapi para ibu.

Biarpun luaran tampak kental melakukan rutin itu saban pagi, dilema dan rasa serba salah meninggalkan anak-anak kepada pengasuh tidak dapat disembunyikan.

Adakalanya emosi sedih dan sebak para terhambur jua. Manik-manik jernih menuruni pipi tatkala melihat permata hati enggan berpisah. Paling tersentuh melihat wajah-wajah mereka yang masih dibuai mimpi.

Perkongsian novelis terkenal, Sri Diah tentang pengalamannya meninggalkan anak yang masih kecil kepada pengasuh suatu ketika dahulu mengundang sebak golongan wanita.

Kata beliau, hati perempuan umpama seketul granit, memiliki jiwa yang comel tetapi kuat.

Baca juga: Ikan haruan rosakkan organ dalaman wanita berpantang, 5 fakta wajib ibu tahu

Gambar hiasan

“Dahulu semasa anak-anak masih kecil, hampir setiap pagi saya akan menangis. Sebenarnya saya sebak dan berat hati nak tinggalkan anak-anak kepada pengasuh.

“Pukul 6.00 pagi sudah ketuk pintu rumah pengasuh hendak tinggalkan anak-anak yang belum mandi. Baju pun masih pakai baju tidur malam tadi,” titipnya.

Namun beliau bersyukur dikurniakan pengasuh yang baik hati memahami pergelutan jiwa anak dan ibu yang terpaksa berpisah kerana tuntutan kerja.

“Mak Zah yang baik akan sambut seorang demi seorang, meletakkan mereka di atas katil dan anak-anak akan sambung tidur semula.

“Ada masanya jika mereka terjaga, menangis melalak hentak kaki, berguling di lantai. Itu tidak boleh hendak kata apa.

“Saya tahu bukan saya sahaja. Ramai perempuan bekerja pun sama. Kadang-kadang dalam kereta nak ke pejabat, air mata masih menitik.

“Janganlah cakap kenapa tak berhenti kerja? Kenapa letak anak di rumah pengasuh? Eloklah jaga anak sendiri,” coretnya.

Baca juga: Bestnya! Wanita kongsi trip 5 sekeluarga naik kereta api, backpack Kajang ke Dabong siap itinerari

Gambar hiasan

Bercerita kisah sendiri, Sri Diah turut menitip pengalamannya melihat situasi sedemikian baru-baru ini di depan mata. Rasa keibuannya tersentuh lantas memahami.

“Hari itu saya lihat di pusat asuhan berhampiran rumah seorang emak dan dua orang anaknya menangis sakan sambil berpelukan.

“Si anak tidak mahu kena tinggal. Emak juga berat hati hendak berpisah sementara dengan anak-anak. Saya tahu hati si emaklah yang paling parah! Namun jangan kata dia tidak waras.

Baca juga: Tangguh 3 semester, jalani kimo, pembedahan, wanita buktikan kanser tak halang raih Anugerah Emas Universiti

Gambar hiasan

“Begitulah, kita masing-masing ada sebab tersendiri kenapa harus keluar bekerja. Alasan kita tidak sama. Kita berbeza.

“Sama ada perempuan suri rumah atau ibu kerjaya, bagi saya perempuan umpama seketul granit. Jiwa kalian comel tapi kuat," tulisnya.

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Perkongsian Sri Diah menerima pelbagai reaksi warga siber. Namun, rata-rata mereka mengakui semuanya dilakukan para ibu demi kebahagiaan keluarga.

-“Tiada emak yang waras yang hendak berpisah dengan anak dengan sengaja. Kalau boleh, mahu sentiasa ada di depan mata.”

-“Betul. Anak menangis, kita pun ikut menangis sambil berlalu pergi.”

-“Tiba-tiba rasa sebak baca catatan mak hari ni. Sejak anak-anak kecil hingga memasuki sekolah rendah, perasaan itu tetap hadir saat berpisah dengan mereka setiap pagi.”

-“Dulu payah tapi sekarang jadi momen indah bila sudah tua nanti Kak Sri.”

-“Bab anak mesti sebak. Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.”

-“Kita alami dan merasa. Air mata sangat murah pada masa itu. Nasib baik dapat taska pengetuanya yang budiman. Saya selalu kerja lebih masa buat bajet. Bila tidak sempat ambil anak jam 5.00 petang, pengusaha taska bawa anak saya balik ke rumahnya yang kebetulan di sebelah bangunan taska. Besar jasa pengusaha taska, sehingga kini kami masih bersahabat akrab. Alhamdulillah. Saya bekerja sebab hendak bantu suami bina ekonomi keluarga.”

-“Moga Allah kurniakan ketabahan hati buat para ibu.”

-“Sayunya, air mata mengalir. Teringat kenangan dahulu, saya juga begitu. Anak lima orang. Lepas tinggalkan mereka rumah pengasuh, dalam kereta kita yang menangis.”

Baca juga: 5 tokoh wanita Islam yang wajid dijadikan inspirasi dan tauladan kaum Hawa

Sumber: Sri Diah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca