MENGHIDAP Kanser Tisu Otot hingga perlu menangguhkan pengajian selama tiga semester, menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi, keperitan wanita ini akhirnya berbuah manis apabila meraih Anugerah Emas Universiti.

Perjuangan Amira Abdul Talib, 29, untuk meneruskan pengajian benar-benar teruji apabila disahkan menghidap kanser Rhabdomyosarcoma pada semester awal pengajian. Malah anak kepada pasangan Abdul Talib Mohd Nor dan Lijah Ibrahim merasakan dirinta menambah beban buat keluarga.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Baca juga: Ke-8 terbaik dunia, siswi perakaunan Malaysia Hannah Mumtazah ungguli ACCA

“Keluarga saya bukanlah dalam kalangan yang senang dan boleh diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

“Matlamat utama saya untuk melanjutkan pengajian ialah ingin belajar dan mencari pekerjaan untuk membantu keluarga saya.

“Bila saya diuji dengan ujian ini, demi ALLAH SWT saya betul-betul tak kuat,” katanya.

Kini Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek dengan Kepujian itu mampu tersenyum apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Emas Universiti dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-16 baru-baru ini.

Kredit foto: UMP News

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

Baca juga: Pencapaian luar biasa buat anak Orang Asli, kisah Edmund tamatkan pengajian di luar negara cetus inspirasi

Mengetahui keperitan sebagai pesakit kanser suatu ketika dahulu, sebagai cancer survivor Amira menyertai Sekretariat Generasi Siswa Sihat (GENESIS) sekembalinya beliau ke universiti.

“Antara program yang saya kendalikan yang begitu dekat dengan diri saya ialah Program Hari Kanser Sedunia yang turut disertai Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

“Saya memilih GENESIS utk bergiat aktif dalam kokurikulum kerana saya dapat rasakan GENESIS adalah medan terbaik untuk saya bawa diri saya sebagai cancer survivor,” katanya yang kini bertugas sebagai Master Production Scheduler di sebuah syarikat pengurusan automasi.

Kredit foto: UMP News

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Hasrat beliau hanya satu untuk menghebahkan kepada orang ramai agar mengambil tahu dan cakna mengenai kanser.

Selain itu juga beliau ingin membuktikan bahawa kanser bukan penamat kehidupan dan setiap ujian yang ALLAH SWT berikan adalah anugerah.

Semoga kejayaan yang diraih Amira ini menjadi pembakar semangat buat wanita muda lain untuk terus berusaha memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi.

Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

LIMA INFO RHABDOMYOSARCOMA

Iklan

1-Rhabdomyosarcoma (RMS) ialah sejenis kanser yang jarang berlaku yang terbentuk dalam tisu lembut khususnya tisu otot rangka atau kadangkala organ berongga seperti pundi kencing atau rahim.

2-Ia boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur tetapi paling kerap kepada kanak-kanak.

3-Kebanyakan pesakit RMS didiagnosis pada kanak-kanak dan remaja dengan lebih separuh daripadanya berumur kurang daripada 10 tahun.

4-Menurut National Library Medicine pula, RMS paling kerap dikesan semasa pesakit berusia di bawah enam tahun.

5-Walaupun RMS boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan, ia lebih berkemungkinan bermula pada bahagian seperti berikut;

Iklan
  • Kepala dan leher
  • Sistem urin seperti pundi kencing
  • Sistem pembiakan seperti faraj, rahim dan testis
  • Tangan dan kaki

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

Baca juga: Tahap kanser ovari hanya diketahui selepas jalani pembedahan. Wanita kena peka dengan simptom!

Sumber: UMP News, National Library Medicine , Cancer.org

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.