NURSE atau jururawat adalah petugas kesihatan yang banyak membantu proses kelahiran termasuk menguruskan uri. Pun begitu, mereka juga tidak dapat lari daripada melalui pengalaman seram di wad bersalin.

Dalam menjalankan tugas memastikan kesihatan pesakit, mereka yang bertugas di sektor kesihatan tidak dapat lari daripada kejadian mistik.

Perkongsian seorang jururawat yang diceritakan oleh seorang pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan ini menarik perhatian ramai hingga menerima hampir 500 perkongsian dan 8,000 tanda suka.

Baca juga: Wanita trauma, hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim

Menurutnya, sepanjang bertugas dewan bersalin sentiasa penuh. Walaupun padat, dia hairan terdapat sebuah bilik kosong tidak diguna dan dianggap ‘keras’ oleh para petugas. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku, ia cukup menyebabkan rasa seram.

Gambar hiasan

“Ada yang kata bilik itu ‘keras’, ibu bersalin pernah kena sampuk, ada yang kata ‘penunggu’ tapak tanah asal bangunan selalu ada disitu. Malah ada yang mengatakan saka pernah dibuang di situ,” titipnya.

Baca juga: Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu

Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, dia terus menjalankan tugas. Tambahan pula kelahiran pada malam itu bertali arus.

Bagaimanapun sedang menjalankan tugas, aura seram menyebabkan bulu roma menegak.

“Saya rasa macam diperhatikan, a mata memerhati setiap gerak-geri. Saya cuba fokus dan tidak pandang ke arah bilik itu. Settle kerja cepat-cepat beredar,” ceritanya.

Bagaimana dia sempat bertanyakan kisah seram yang pernah dialami jururawat senior bertugas. Menurutnya, terdapat satu kisah yang menyeramkan tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar jururawat. Kejadian itu berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu.

Menurut jururawat terbabit semasa bertugas pada syif malam ketika dia sedang menguruskan uri ibu bersalin.

Gambar hiasan

“Malam itu selepas selesai sambut bayi, uri dan semua peralatan yang digunakan diletakkan di atas troli,” ceritanya.

Troli berkenaan kemudian ditolak masuk ke bilik kotor di mana uri perlu dicuci sebelum diserahkan kepada ibu.

Selesai dibasuh, uri perlu dibungkus dan diletakkan di atas troli yang berada di belakang. Namun sedang fokus menguruskan uri, jururawat berkenaan mendengar sesuatu yang menyeramkan.

“Sedang asyik membasuh peralatan lain kedengaran bunyi seperti orang tengah mengunyah. Bunyi sesuatu digigit, bibir atas dan bibir bawah berlaga. Sesekali gigi berlaga. Seperti orang mengunyah,” katanya.

Bagaimanapun jururawat berkenaan menganaikan bunyi berkenaan dan meneruskan kerja-kerja yang perlu dibereskan. Kedengaran seseorang menapak masuk ke bilik berkenaan iaitu Ketua Jururawat atau dikenali sebagai Sister.

“Letak balik! Aku cakap letak balik!” kata Sister.

Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia turut memberikan sokongan kepada bayi di sepanjang kehamilan

Jururawat berkenaan terkejut dan meletakkan kembali peralatan yang sudah dipegang diletakkan ke dalam sinki.

“Bukan awak, tapi dia!” ceritanya yang ketika itu sudah cuak dan seriau. Suasana menyeramkan menyebabkan bulu roma meremang. Rupanya Ketua Jururawat tidak bercakap dengan jururawat terbabit tetapi dengan entiti yang dipercayai telah ‘memakan’ uri berkenaan.

Iklan

Sister kemudian diceritakan menuju ke arah bawah sinki dan mengutip sesuatu. Ia rupanya bungkusan uri yang baru sahaja selesai diuruskan.

“Esoknya akak terus demam. Itulah pengalaman akak doktor,” ceritanya.

Seram mendengar pengalaman jururawat ini. Tahukah anda, bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital.

Namun di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa semasa proses discaj dari wad bersalin.

5 FAKTA URI

Iklan

1-Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia turut memberikan sokongan kepada bayi di sepanjang kehamilan.
2-Membekalkan bayi oksigen dan nutrien.
3-Mengeluarkan sisa berbahaya dan karbon dioksida daripada bayi.
4-Menghasilkan hormon yang membantu bayi membesar.
5-Menyalurkan imuniti daripada ibu dan melindungi bayi.

Sumber: Dr Ahmad Samhan, 

baca juga: Ibu kongsi bahaya Sindrom Hair Tourniquet jari bayi terlilit, bengkak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan