GELANGGANG angkat berat sekali lagi menghadiahkan pingat buat kotinjen Malaysia apabila jaguh powerlifting negara, Jong Yee Khie memenangi pingat perak dalam kategori 107 kilogram (kg) pada temasya Paralimpik Tokyo hari ini.

Yee Khie melakukan angkatan 237kg pada angkatan kedua untuk memastikan pingat perak menjadi miliknya manakala emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245kg dan gangsa menjadi milik Razi Saman dari Iran dengan angkatan 231 kg.

Ia sekali gus menjadi pingat kedua dimenangi daripada gelanggang tersebut selepas rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin meraih emas dalam acara 72 kg pada Sabtu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikut adalah lima fakta mengenai Yee Khie;

Jong Yee Khie

1. Berusia 32 tahun dan lahir pada 19 November 1988 di Kuching, Sarawak.

2. Tahun ini penampilan ketiga Yee Khie pada temasya paralimpik.

3. Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bagi acara powerlifting.

Iklan

4. Pemenang pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu, meraih perak kategori heavyweight lelaki selepas mencatatkan 188.7 mata di Carrara Sports and Leisure Centre pada 2018.

5. Meraih emas Sukan Para ASEAN 2017 dengan catatan 210kg dan memperbaharui rekod kejohanan 200kg miliknya yang dicatatkan di Singapura pada 2015.

Iklan

Artikel berkaitan: Rangkul Emas Pertama Paralimpik Tokyo 2020, 5 Fakta Mengenai Atlet Powerlifting Negara Bonnie Bunyau

Sabtu lalu, atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin menjadi atlet pertama menyumbang emas pertama negara pada temasya sukan para terbesar dunia berkenan.

Tahniah buat Jong Yee Khie dan pasukan paralimpik Malaysia.