BAKAT empat anak jati Pahang dimanfaatkan sebaiknya bagi mengubah ‘lukisan’ tidak senonoh di bawah jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, kepada seni jalanan bertemakan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia tahun ini.

Salah seorang daripada mereka, Ahmad Fadzril Abdul Ruzsnan berkata, idea untuk menindan ‘lukisan’ asal itu timbul selepas beliau tidak sedap hati setiap kali melalui jalan raya di bawah jambatan itu kerana bimbang ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap bidang seni.

Memetik laporan media tempatan, tidak mahu menjadi seperti pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’, anak muda berusia 26 tahun itu mengajak tiga rakannya yang juga terlibat dalam aktiviti seni jalanan untuk sama-sama menyertai ‘projek’ itu, yang kesemuanya, tanpa ragu-ragu, bersetuju mengeluarkan belanja sendiri.

“Rancangan untuk melukis di dinding bawah jambatan itu dibuat sejak pertengahan Mac lalu, namun terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum kami dapat berkumpul pada 13 Jun lalu.

“Kami memilih wabak Covid-19 sebagai tema dengan mengambil kira ia adalah isu semasa, selain sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan semua masyarakat memainkan peranan membendung penularan wabak tersebut,” katanya.

Anak jati Kampung Kempadang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menambah, mereka terlebih dahulu menyapu cat hitam untuk memadam ‘lukisan asal’ selain sebagai latar belakang lukisan baharu yang menggunakan pelbagai warna terang.

"Sakit mata tengok lukisan tidak senonoh" : 4 sahabat keluar duit sendiri beli cat lukis mural

Beliau menambah mengabadikan gambar petugas kesihatan menggunakan alat pengimbas suhu bersama tulisan stay safe (kekal selamat) yang dihasilkan daripada cat kerana selesa dengan medium tersebut, berbanding rakan lain yang memilih cat sembur.

Iklan

Kerjasama mereka membuahkan hasil apabila hanya mengambil masa kira-kira lima jam untuk menyiapkan lukisan tersebut yang kini ‘merentangi’ hampir keseluruhan dinding konkrit jambatan itu, yang disifatkan sebagai satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Secara keseluruhan, mereka menggunakan lebih 50 tin cat sembur dalam penghasilan seni jalanan tersebut.

Iklan

Sementara itu, rakannya Muhammad Ikmal Abdul Manan, 25, dari Ketapang Tengah, Pekan, Kuantan pula mengakui berasa bangga apabila kenderaan yang melalui jalan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada mereka apabila melihat mesej yang hendak disampaikan.

“Ada yang turut membelikan air dan makanan kepada kami. Sejujurnya saya tidak pernah menjangka akan mendapat sokongan seperti itu. Pada awalnya saya bimbang juga jika ditahan pihak berkuasa kerana dianggap merosakkan harta awam.