#SiBibirMerah: Gerai nasi lemak 'diserang' pesaing tular, dipaksa tutup gara-gara jual menu sama

A
A
A

GERAI nasi lemak 'diserang' baru-baru ini tular. Video yang memaparkan perselisihan faham antara peniaga-peniaga nasi lemak dipercayai berlaku di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur berlegar di laman sosial menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi video yang tular dan dimuat naik semula di pelbagai akaun media laman sosial, wanita dan lelaki dipercayai peniaga nasi lemak yang telah lama berniaga bertindak menyerang penjaja terbabit gara-gara tidak puas hati setelah mendapati menu jualan adalah sama.

Tidak sekadar itu, peniaga berkenaan mendakwa diberi mandat daripada pihak berkuasa tempatan dan mengarahkan gerai pesaing tidak beroperasi pada waktu perniagaan mereka iaitu bermula jam 8.30 pagi.

Video berdurasi tiga minit 17 saat itu menerima pelbagai respons daripada warga maya. Ada diantara mereka mengatakan hasad dengki tidak akan membawa ke arah kebaikan dan kemajuan.

Baca juga: [VIDEO]Selamba campak sisa mi segera dari balkoni rumah flat undang amarah ramai

Tangkap layar video yang tular.

-“Tidak guna bagi pendapat, sifat hasad dengki sudah ada dalam diri sejak azali lagi. Pacak sahaja notis di situ, tidak dibenarkan meniaga dikawasan ini.”

-“Salah satu faktor utama kenapa peniaga Melayu susah maju kerana mereka terlalu sibuk untuk iri hati dengan orang lain.”

-“Ya ALLAH, inilah Melayu, hasad dengki. Rezeki itu ALLAG yang gerakkan, istighfar dan bawa mengucap.”

-“Pindahlah kak, insya-ALLAH rezeki ada tempat lain...”

-“Nampak gayanya tak ke mana kalau dalam hati ada hasad dengki. Ingatlah rezeki ALLAH itu luas.”

-“Sama-samalah kongsi rezeki. “

Baca juga: Peniaga guna petak parkir OKU minta pengguna alih kenderaan, bapa kecewa hak anak seolah dinafikan

Kredit foto: Pixabay

Terdapat juga warganet yang memberi pendapat agar peniaga yang berdekatan tidak menjual menu yang sama untuk mengelakkan masalah dan mengekalkan hubungan yang harmoni.

-“Peraturan mudah jika hendak berniaga, tinjau tempat dan tanya orang sebelah bolehkah berniaga di situ. Tengok menu orang sebelah, jika sama, elakkan dan buat menu lain yang tiada. Mudah saja, tidak perlu bergaduh. Memang rezeki masing-masing, tapi mana datangnya rezeki kalau begini.”

-“Orang sudah lama jual nasi lemak di situ, anda pun jual nasi lemak juga. Banyak lagi benda lain yang boleh dijual.”

Baca juga: [VIDEO] Pelanggan batalkan pesanan 60 kotak nasi, viral video peniaga menangis sambil memasak tempahan itu

Kredit foto: Pexels

Bagi Bibir Merah apa yang berlaku ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik tanpa perlu ditularkan oleh sesiapa pun.

Rezeki masing-masing namun berkongsi rezeki adalah lebih baik.  Mungkin juga pihak yang satu lagi juga perlu bertolak ansur dengan menjual menu lain yang tidak dijual pesaing.

Elakkan menggunakan elemen dan teknik yang sama tetapi cipta identiti sendiri. Jika menjual makanan, pastikan ia sedap barulah diulang beli pelanggan.

Satu lagi ialah perkhidmatan, kalau pantas dan mesra pasti pelanggan akan datang semula.

Akhir kata, bersainglah dengan sihat. Bersihkan hati daripada perasaan hasad dengki. Mereka yang berusaha lebih, pastinya akan mendapat hasil yang lebih baik lagi.

 

Baca juga: Gembira adik beradik berjaya berniaga, tanda ibu bapa tidak akan susah, ini 5 rahsia orang Cina bina kekayaan

Sumber: Facebook Videos Engine,?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1579745908937592832%7Ctwgr%5Ee15cc729ec86a4895d9cee9c9ea5313d94790acd%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thereporter.my%2F2022%2F10%2Fvideo-dbkl-kata-saya-berkuasa-kat-sini.html" target="_blank" rel="noopener"> Twitter @twtcctv

Kredit gambar utama: Pexels

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca