Suri hati TMJ, Che Puan Khaleeda kini bergelar Che Puan Mahkota

A
A
A

ISTERI Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Gelaran baharu itu diumumkan Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook The Royal Johor.

"Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan baginda di bawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Dis 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam.

Baca juga: Che Puan Khaleeda kongsi pengalaman melahirkan anak pertama curi perhatian ramai

Baca juga: Che Puan Khaleeda manis, elegan berbaju kurung songket tabur

"Bagi versi Bahasa Inggeris, Her Highness Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam," menurut kenyataan itu.

Abdul Rahim memaklumkan oleh itu, mulai 1 Januari 2024, gelaran itu hendaklah digunakan di dalam semua urusan, sebutan dan persuratan rasmi, manakala gelaran Che Puan Besar tidak lagi digunakan.

10 info menarik Che Puan Mahkota Khaleeda:

1-Che Puan Mahkota dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan merupakan anakanda yang kelima pasangan ayahanda Bustamam Bin Daud serta bonda Aziyah Binti Abdul Aziz.

2- Merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik, baginda Khaleeda menerima asuhan pelajaran awalan di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak Selangor pada tahun 2001 hingga 2003.

3-Ketika ibunya berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom di Jabatan Penuntut Malaysia UK dan Eire, Che Puan Mahkota Khaleeda meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George’s Hanover Square, London dari Disember 2003 hingga Julai 2004.

4-Setelah tamat pendidikan peringkat rendah, Che Puan Mahkota Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London dari September 2004 hingga Julai 2008.

5-Sekembalinya ke tanah air pada Januari 2009, baginda menyambung pelajarannya di Sekolah Sri Utama Kuala Lumpur sehingga lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Disember 2010.

Baca juga: 'Happy Birthday Bestie' Ucapan romantik Che Puan Besar Khaleeda buat TMJ

Baca juga: Enggan kes seperti Bella berulang, TMJ cadang tiga perkara termasuk tutup pusat jagaan haram serta merta

Baca juga: 'Babah & mama ada di sini.' Saksikan tragedi tembakan di Thailand, TMJ bina perisai lindungi keluarga

6- Mendapat pendidikan dan pergaulan dalam dan luar negeri, Che Puan Mahkota Khaleeda fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.

7- Baginda diijab kabul dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014.

8-Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 8, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, 7, Tunku Abu Bakar Ibrahim, 5, dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah, 3.

9-Terdahulu, baginda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor pada 15 Mac 2015 oleh Sultan Johor.

10-Baginda merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor, Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Johor.

Baca juga: 7 kenyataan saksi kes Bella buat ramai terkedu, Che Puan Besar Khaleeda ikrar bantu tuntut keadilan

Baca juga: 10 fakta menarik Sultan Johor, Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17

Che Puan Mahkota Khaleeda juga lantang memperjuangkan hak kanak-kanak mangsa penderaan.

Baginda sebelum itu menzahirkan menuntut keadilan kanak-kanak Sindrom Down, Bella dan bertitah untuk melakukan apa sahaja dengan kuasa yang dimiliki bagi memastikan keadilan kes itu ditegakkan.

Malah, Che Puan Mahkota Khaleeda turut meluangkan masa melawat remaja istimewa itu yang berpindah Johor Bahru.

Pada 22 November lalu, Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Sultan sepanjang tempoh Sultan Johor melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-17.

Pelantikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024 ini.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca