AKIBAT penularan wabak pandemic Covid-19, kini urusan dan pergerakan orang ramai juga semakin terhad dan menyukarkan untuk menjalani kehidupan seperti kebiasaan.

Namun, orang ramai terpaksa akur untuk tidak keluar rumah atau berhimpun dalam kelompok yang ramai.

Ternyata perkara tersebut menambah kebimbangan bagi mereka yang perlu untuk mendapatkan rawatan susulan akibat sakit kronik yang lain.

Hal ini kerana hospital telah menjadi satu lokasi yang amat menakutkan untuk dikunjungi kerana boleh jadi wabak covid-19 ada di mana-mana.

Tidak dibenarkan teman isteri kemoterapi, suami buat sepanduk beri kata semangat

Seperti kisah kehidupan yang dikongsi oleh seorang wanita yang merupakan salah seorang pesakit kanser yang mana beliau terpaksa menghadiri kemoterapinya secara berseorangan.

Suami yang biasa menemaninya sebelum ini tidak dibenarkan masuk oleh pihak hospital ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih belum pulih.

Namun, si suami tercinta yang selama ini menjadi peneman setia telah mengambil inisiatif dengan membuat satu sepanduk dengan memberikan kata-kata semangat buat isteri yang disayangi dan setia menemaninya di tepi jalan berhadapan dengan hospital.

Tidak dibenarkan teman isteri kemoterapi, suami buat sepanduk beri kata semangat

Iklan

Melalui tingkap bilik rawatan, pesakit tersebut mengambil gambar suaminya yang tengah khusyuk membaca bahan bacaan betul-betul di hadapan biliknya yang sedang menjalani kemoterapi.

Ternyata situasi yang dimuat naik itu benar-benar mengundang sebak kerana dapat dilihat betapa setianya suami pesakit kanser terbabit yang tetap menunggunya menjalani kemoterapi walaupun tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital.

Iklan

Apa yang Sinar Plus mampu gambarkan adalah ini la yang dikatakan setia hingga hujung nyawa.

Diharap para suami di Malaysia juga mampu mencontohi apa yang telah dilakukan oleh pasangan ini selagi tidak menyalahi undang-undang atau ingkar pada garis panduan yang telah ditetapkan.

Jadi, #janganputusasamalaysia