BARU-baru ini seorang wanita menimbulkan kekecohan kerana enggan memakai pelitup muka ketika ingin memasuki sebuah butik mewah di KLCC.

Tidak sekadar itu, wanita yang sama turut menimbulkan masalah berkaitan pemakaian pelitup muka di sebuah pusat membeli belah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Susulan itu, wanita itu dua kompaun yang dikeluarkan tersebut terdiri daripada kegagalan mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas manakala kesalahan kedua pula disebabkan tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan dalam memakai pelitup muka di dalam premis. Kedua-dua kompaun berjumlah RM3,000.

Baca juga: Enggan Memakai Pelitup Muka, Minah Saleh Tak Puas Hati Dihalang Masuki Butik Mewah Di KLCC

Baca juga: Padah Enggan Patuhi SOP Pakai Mask, ‘Karen KLCC’ Didenda RM3,000

Dalam perkembangan terbaru, wanita digelar Karen Malaysia tampil memperkenalkan diri di laman sosial Twitter.

Melalui paparan video berkenaan, wanita Kaukasia terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Kerry dari Manchester dan mendakwa telah datang ke Malaysia sejak 20 tahun lepas.

Menerusi video berdurasi dua minit 20 saat itu, Kerry menerangkan hati, jiwa dan ahli keluarganya menyayangi Malaysia. Dia turut menyampaikan tentang kebebasan.

“Lagu kami adalah kebebasan. Kebebasan untuk memilih apa yang kita makan, ke mana kita pergi, dengan siapa kita keluar dan apa yang kita lakukan kepada badan, secara perubatan atau sebaliknya.

“Ia adalah pilihan, pilihan anda, pilihan saya,” katanya dalam video pada Sabtu.

Dalam pada itu, wanita turut mengetengahkan isu penarikan mandat pemakaian pelitup muka di kebanyakan negara dan meminta penonton membentuk pendapat sendiri.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendiriannya.

– “Ya kamu mempunyai hak tetapi tolonglah pakai pelitup muka, ia tidak akan membunuh pun. Sekiranya doktor dan kakitangan kesihatan tidak memakai pelitup muka kerana kami mempunyai hak. Fikir sebelum bercakap. Kami melakukan bahagian kami, maka sila lakukan bahagian kamu. Pakai pelitup muka atau hanya duduk rumah.”

Iklan

– “Jangan cuba laksanakan white privilege di sini.”

– “Kamu kata “Pilihan anda, pilihan saya?” Pilihan kamu tidak sah kerana ia meletakkan orang ramai pada risiko. Pilihan kami adalah untuk kamu memakai pelitup muka untuk keselamatan. Jika tidak baliklah ke tempat asal kamu.”

– “Dia patut balik ke tempatnya. Tinggal di negara kita mesti ikut undang-undang di sini. Adakah ia terlalu sukar untuk diikuti?”

– “Saya rasa sudah tiba masanya kamu pulang ke negara sendiri. Saya tidak fikir Malaysia akan memaksa kamu. Kamu tidak suka undang-undang negara ini, jadi sebenarnya kamu tidak sayang Malaysia macam saya. Jadi mengapa tinggal di sini?”

Iklan

Menurut tinjauan SinarPlus, video berkenaan telah mendapat 446,000 tontonan sejak disiarkan 6 November lalu.

Pemakaian pelitup muka boleh mengekang penularan Covid-19. Sama-samalah kita mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan demi kepentingan bersama. #reopeningsafely

Baca juga: Pelitup Muka Jenis N95, Double Mask Lebih Cekap Tapis Zarah. Elak Jangkitan Covid-19

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @117%WeThePeople