KEMALANGAN boleh berlaku di mana sahaja. Ia merupakan satu tragedi yang tiada siapa boleh elakkan.

Kemalangan juga boleh melibatkan semua kenderaan motor, basikal, beca, pejalan kaki dan lain-lain jenis kenderaan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti satu kejadian kemalangan yang tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh masuk kedai.

Bagaimanapun, kejadian dipercayai berlaku di Bintung, Kangar, Perlis itu dikatakan hanya menyebabkan kemusnahan terhadap kedai makan tersebut dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok @Miesyaaaaa, kelihatan keadaan kedai agak teruk selepas kejadian.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai apabila melihat perkongsian suara seorang wanita yang juga ibunya, pemilik kedai berkenaan.

Ibunya yang ketika itu sedang menjual terselamat daripada dirempuh dan membuat pesanan suara di dalam grup WhatsApp keluarga.

Baca juga Tular foto Myvi langgar kubur, kejadian sebenar buat ramai sebak

Iklan

[VIDEO]Kedai dirempuh Myvi, pesanan suara ibu dalam grup WhatsApp keluarga buat ramai pilu

“Kedai kita kena rempuh. Nasib baik mak ALLAH selamat,” ujarnya dalam nada sebak.

Ternyata pesana suara tersebut mengundang sebak dan pilu ramai. Rata-rata turut mendoakan kesihatan mak cik berkenaan.

Iklan

Ujar mereka;

“Insya- ALLAH akan ada pelangi, selepasnya hujan… Moga ALLAH beri ganjaran berlipat kali ganda.”

“Ya ALLAH, sebaknya dengar suara mak…”

“Sebak dengar mak voice, semoga permudahkan segala urusan. Jangan putus asa ya pasti ada benda lain yang ALLAH nak bagi.”

Baca juga Kronologi kejadian kereta dipandu melulu rempuh kenderaan, rupanya wanita lalok hidu gam

“Allahu semoga ALLAH gantikan dengann rezeki yang lebih berlimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.”

“Baiknya mak awak. Dia bersyukur tak kena rempuh, ALLAH panjangkan lagi umur dia.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Wari Kiew dalam satu kenyatan berkata, kejadian tersebut berlaku apabila pemandu lelaki berusia 72 tahun tertekan pedal minyak ketika membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan bersebelahan kedai makan berkenaan.

@misyaleyy alhamdulillah semua selamat🤲🏻dugaan 2022#perlisaktif #fyppppppppppppppppppppppp #myviking ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio