Wow! Isteri influencer hadiahkan kereta ferrari buat suami

SEBUT sahaja influencer atau pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad, ramai mengenalinya.

Iyalah, dia kan terkenal dengan sifatnya yang selalu membantu orang selain dikatakansangat baik dengan pekerja.

Terbaru, instafamous itu mendapat kejutan daripada isteri tercinta, Syafiqah Aina sebuah kereta Ferrari berwarna merah.

Menerusi perkongsian di Instagram usahawan kosmetik itu, Aina menyerahkan kunci serta merakam reaksi suaminya ketika mendapat kejutan dan hadiah tersebut.

Menurut Aina, reaksi suaminyaseperti tidak gembira namun dia berharap agar suaminya dapat menggunakan kereta itu dengan memberi manfaat kepada orang lain.

“New Year and this is for you. Reaction macam tak happy je hm tapi hopefully awak boleh gunakan kereta ini untuk bagi manfaat pada orang ramai,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bahagia melihat Hafiz mendapat ganjaran itu memandangkan selama ini dia sering membantu orang ramai.

Baca juga Kejutan yang cukup bermakna! Hadiahkan kereta sempena ibu bapa bersara, luahan hati Hafiz Mahamad undang sebak

Kredit foto: Instagram Syafiqah Aina

Ramai juga yang mengatakan bahawa Hafiz sememangnya layak mendapat hadiah sebegitu atas pengorbanannya selama ini.

Ujar mereka;

“Aina, dia bukan tak happy tapi dia mesti bebel “awak duit awak tu boleh simpan benda lain, saya nak awak dan anak-anak je” hahaha dia sebak sangat tu sebab dia tak pernah letak minat dia di tangga teratas sebab selalu letak Aina dulu dari minat dia. Thank you Aina buat ramai orang terinspirasi.”

Iklan

“Abang Hafiz, you deserved this. Jangan rasa malu atau tidak cukup memberi untuk dapat sesuatu sebesar ini. Mungkin abang tak kenal saya, tapi ketahuilah semangat abang yang saya pinjam hari-hari. Enjoy your present.”

Baca juga Turut tersangkut banjir, Hafiz tak sangka dapat bantuan susu dan lampin anak

“Hafiz tak pernah bermewah untuk diri sendiri and this time Hafiz you deserved it! Hafiz dah penat sangat dah tu. Sayalah nangis tengok video ni sebab tahu pengorbanan Hafiz and Aina selama ni.”

Iklan

“Dalam banyak-banyak influncer dan ahli perniagaan, Hafiz je yang tak bermewah-mewah tuk diri sendri… Dia lebih utamakan orang sekeliling.”

“Jangan lah tak happy abang Hafiz. You deserve it! Jangan rasa serba salah ke apa ke. Abang dah banyak berkorban. Moga murah rezeki selalu kak Aina belanja suami dia keretalah.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.