PERNAHKAH anda alami situasi apabila berdiri di hadapan cermin, pelbagai andaian dan persoalan terlintas di fikiran? Adakah saya bergaya atau berpakaian seperti ibu atau anak? Adakah saya bergaya sesuai umur? Adakah saya memaksimakan kelebihan rupa paras yang ada?

Perkara lain yang kadangkala difikirkan juga sama ada warna pakaian terlalu terang atau reka coraknya terlalu sarat sehingga menyakitkan mata.

Pun begitu, paling yang kita takuti adalah gaya yang menampakkan diri lebih tua daripada usia sebenar, bukan?

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut agar para wanita tampil menawan persis selebriti Neelofa dan Scha Al-Yahya serta personaliti antarabangsa perunding fesyen dan pensyarah kanan di Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam, Faizal Hamid berkongs tip menarik:

1. Ekspresi gaya adalah keyakinan dalaman yang harus dititikberatkan. Pada hari ini terdapat pelbagai pilihan busana menarik dan chic di pasaran, maka pakailah apa sahaja yang  selesa dan nikmati fesyen pilihan sebaik mungkin.

2. Wanita berusia 20 tahun ke atas inilah masanya untuk anda berfesyen tanpa had dan sempadan, asalkan tidak membelakangkan budaya. Jangan lepaskan peluang bereksperimentasi dengan suai padan rekaan, warna, corak dan aksesori.

fesyen

3. Elak berpakaian ala seorang bintang filem kerana kebanyakan busana anggun yang digayakan selebriti pujaan mungkin tidak serasi dengan sosok dan keperibadian anda. Sewajarnya kita ada identiti sendiri.

4. Pilih skirt pendek atau labuh yang membantu menyerlahkan penampilan harian. Wanita sememangnya menawan apabila menggayakan skirt khususnya teknik lipatan (pleat), pouf dan bubble-hemmed.

Iklan

fesyen

5. Selain pemakaian, wanita dinasihatkan mengaplikasi solekan nipis pada waktu siang dan touch-up sekiranya perlu menghadiri acara pada malamnya.

Iklan

Selamat mencuba!

Foto: Instagram @neelofa @schaalyahya dan Faizal Hamid