Lelaki ini buat projek wainscoating guna kayu shiplap MDF Board. Buat sendiri lagi jimat, puas hati

DINDING merupakan struktur kosong yang teguh dan tidak bernyawa. Ia sering kali dianggap sebagai penghalang kepada sesuatu ruang.

Pun begitu, andai penghuninya bijak mewarnai ruang berkenaan dengan warna yang sesuai dan sentuhan hiasan menarik, pastinya ‘tempat itu’ seolah-olah ‘hidup’.

Baca ni Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

dinding

Abu Mansur Maturidi Mohd Romli atau mahu dikenali sebagai Mansur Romli antara individu yang kreatif dalam soal itu.

Apa yang SinarPlus boleh katakan, idea bernas lelaki itu telah membolehkan dinding kediaman yang polos dan tiada apa-apa di rumah itu akhirnya menampakkan seri.

Mengakui beliau seorang yang buta warna, Mansur berkata, lelaki berkenaan memberi sepenuh kepercayaan kepada isteri untuk memilih nuansa yang ingin dipalitkan pada setiap ruang rumah, kabinet mahupun segala jenis peralatan daripada sebesar-besar dan sekecil-kecil.

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

dinsing

“Segalanya ditentukan oleh isteri saya, namun kami sepakat bahawa warna tersebut haruslah daripada warna lembut agar rona itu bukan sahaja membuatkan kediaman nampak lebih luas, tetapi dapat melapangkan fikiran kami,” ujar pemilik kediaman jenis high-rise atau apartment yang terletak di Prima Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Umumnya, kediaman yang berukuran 274 meter persegi itu memiliki tiga buah bilik dan dua bilik air.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Seperti yang dikatakan pada awal artikel, bukan bilik yang ingin diulas pada artikel kali ini, tetapi kami mahu membicarakan tentang dinding mahligai itu.

Kata empunya diri, ilham untuk rekaan diperoleh hasil carian melalui internet sahaja.

“Asalnya saya merancang untuk buat wainscoting (rekaan dinding berpanel). Setelah sebut harga diperoleh daripada seorang kontraktor, dinding berkeluasan 270 meter persegi di rumah saya ini menelan kos lebih RM3,000, saya fikir banyak kali.

“Menyedari diri saya mempunyai sedikit ilmu dan bakat pertukangan, isteri minta saya buat sendiri,” ujarnya.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

WAINSCOTING YANG RARE

Kata-kata sang isteri bagaikan azimat buat diri Mansur. Lantas, langkah awal dilakukannya adalah dengan membuat pencarian maklumat di Google.

“Mula-mula nak pasang wainscoting daripada panel kayu yang bercorak dengan dibentuk rekaan kotak-kotak. Namun, hasrat tersebut dibatalkan kerana desain itu terlalu biasa dalam dekorasi.

“Memang wainscoting cantik dan masih valid, namun pada saya ia terlalu biasa. Justeru, saya cuba mencari rekaan atau kotak-kotak wainscoting yang lebih rare,” ujarnya yang baru setahun tinggal di kediaman berkenaan.

Bagi mewujudkan perbezaan, Mansur masih mengekalkan konsep wainscoting iaitu lekatan panel kayu di dinding bagi menghasilkan corak yang konsisten, namun beliau memilih panel kayu yang bercorak daripada jenis Medium Density Fibre (MDF) Board.

Baca lagi ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

dinding

Iklan

MDF Board ialah papan atau kayu diperbuat daripada habuk dan serat papan yang melalui proses pemampatan serta dilekatkan dengan menggunakan gam sintetik.

Lazimnya, kayu yang disusun secara memanjang akan memudahkan habuk terperangkap.

Menyedari hal tersebut, Mansur memilih ketebalan MDF Board paling nipis iaitu bersaiz 6 milimeter (mm).

“Saya cuba mencari rekaan yang berbeza. Akhirnya saya menggunakan kayu shiplap MDF yang disusun secara menegak atau memanjang.

“Meskipun habuk mudah terperangkap, memang sudah menjadi rutin saya untuk membersihkannya hampir setiap minggu. Di samping itu, saya juga sediakan cat untuk touch up bahagian dinding yang terguris,” ujar beliau lagi.

Baca lagi Hanya guna barang DIY, ibu ini berjaya transisikan satu bilik jadi tiga ruang demi anak tersayang

CANTUM SATU PERSATU

Ditanya di manakah lokasi mendapatkan bekalan kayu MDF Board, kata lelaki itu, pada awalnya platform Shopee menjadi kunjungan utama.

Iklan

Bagaimanapun, saiz yang ditawarkan menyebabkan beliau terpaksa mencantumkan satu persatu kayu. Pendekatan itu akan melambatkan kerja, ditambah kayu perlu dipotong mengikut cantuman dengan saiz dinding.

Baca lagi Elak bazir duit beli produk polish cermin kereta, guna ubi kentang yang ada gigi atau rosak. Jimat belanja!

dinding

“Akhirnya saya jumpa sebuah kedai yang terletak di Kulim, Kedah yang membolehkan saya membuat tempahan khas mengikut saiz panjang kayu MDF yang dikehendaki,” katanya.

Secara keseluruhan, kerja-kerja membuat wainscoting menggunakan shiplap MDF Board mengambil masa dua hari untuk keluasan hampir 300 meter persegi.

“Ia termasuk menutup ruang yang wujud di antara kayu MDF dan dinding, mengecat undercoat dan membuat sapuan cat akhir. Mujurlah isteri banyak membantu. Memang puas hati buat sendiri,” ungkap Mansur lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang