'Beauty is pain', 4 tip elak sakit pakai tumit tinggi

A
A
A

KECANTIKAN begitu sinonim dengan wanita, golongan ini sanggup berhabis ratusan mahupun ribuan ringgit hanya untuk kelihatan cantik.

Tampil bergaya menjadi salah satu punca para wanita yakin dengan diri sendiri malahan ada yang mengenakan kasut bertumit tinggi untuk kelihatan lebih yakin dan berkarisma.

Terdapat satu kajian yang dijalankan di University Oxford, majoriti wanita yang pendek memiliki kurang daya keyakinan.

Menurutnya, ketinggian seseorang itu sememangnya memainkan peranan akan pandangan seseorang terhadap taraf sosialnya bahkan, wanita pendek ini akan mudah berasa cemas apabila berkaitan potensi diri.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga akan memperlihatkan diri seseorang wanita itu kelihatan sungguh profesional serta dapat menonjolkan sisi seorang yang feminin dan meningkatkan postur tubuh.

Walau bagaimanapun, sering didengari mereka yang memakai kasut bertumit tinggi sering mengalami sakit kaki, kekejangan, sakit belakang serta sakit lutut.

Namun, bagi kaum ini kesakitan itu tidaklah seberapa dan ini yang sering diperkatakan ‘beauty is pain’, rela sakit semata-mata untuk kelihatan cantik.

Wanita yang ingin tampil cantik dengan menggayakan kasut tumit tinggi harus mengaplikasikan cara-cara pemilihan kasut bertumit yang betul, ini yang wanita perlu ketahui.

Baca juga: Wanita bertudung alami masalah rambut? Berikut 13 tip penjagaannya

Berikut empat tip terbaik pemakaian kasut tumit tinggi:

1. Pemilihan saiz kasut yang tepat

Kasut yang terlalu longgar akan menyebabkan kaki beralih di dalam kasut sewaktu berjalan dan sudah pasti pergerakan ini menimbulkan rasa ketidakselesaan serta sakit.

Lebih baik sekiranya sebelum membuat sebarang pembelian kasut, cuba atau ukur saiz kasut dan saiz kaki , adakah panjang serta lebar kasut sesuai untuk dipakai.

2. Pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi

Masalah yang sering dihadapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi adalah sakit di bahagian bebola kaki. Masalah ini sebenarnya dipengaruhi oleh ketinggian kasut, semakin tinggi tumit kasut itu semakin banyak tekanan yang diberikan pada bola kaki, buku lali serta lutut.

Baca juga: Pelihara diri daripada sinar UV, berikut senarai antara krim pelindung matahari terbaik

Pilihan terbaik sekiranya membuat pembelian kasut bertumit dengan ketinggian yang begitu ekstrem, pastikan tapak kasut di bahagian bebola kaki mengimbangi ketinggian kasut.

Seterusnya, pilih kasut yang menawarkan kusyen tapak kasut yang lembut dan tidak terlalu nipis dan pastikan tumit kasut tidak terlalu halus kerana ia akan menyukarkan keseimbangan tubuh badan.

3. Kasut tumit tinggi yang tidak terlalu terbuka

Ramai yang kurang memberi perhatian jenis kasut tumit tinggi bertutup atau terbuka. Ia sebenarnya bukanlah sekadar fesyen semata-mata tetapi ia memainkan peranan penting pada kaki si pemakai.

Kasut yang terbuka dan hanya mempunyai sedikit bahan yang merentas pada bahagian hujung kaki akan menyebabkan lebih banyak beban pada hujung kaki.

Bukan itu sahaja, tali kasut pada pergelangan kaki juga penting untuk mengurangkan pergerakan pada bahagian tumit.

Pastikan sebelum membuat pembelian, pilih gaya yang sesuai serta kasut yang mempunyai bahan serta ciri-ciri kasut bertumit yang baik untuk kaki.

4. Kenali bentuk kaki

Sering diperhatikan kebanyakan wanita memakai kasut tinggi yang hujungnya runcing sehingga menyebabkan jari kaki dihimpit ke dalam kasut. Situasi ini amat menyakitkan kerana jari kaki ditolak ke dalam ruangan yang sempit.

Perkara itu membuatkan jari kaki bekerja lebih untuk memastikan kestabilan tubuh.

Pastikan kasut tumit tinggi yang ingin dipakai mempunyai lebih banyak bahan merentasi jari kaki daripada memakai kasut yang hujungnya runcing.

Sumber: Very Well Health

Baca juga: Kulit masih anjal walau usia meningkat, ketahui 6 rahsia makanan wanita cantik

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca