KEPADA anda yang amat teliti tentang aspek pemakanan, SinarPlus ingin perkenalkan HAPPIEE, satu jenama makanan laut berasaskan tumbuhan dari Singapura dan pengeluar daging, Growthwell Foods.

HAPPIEE dalam satu kenyataan akhbar menyebut, produk yang dihasilkan mereka adalah berasaskan tumbuhan dan berkhasiat untuk dijadikan hidangan seisi keluarga, malah ia juga boleh dijadikan pelengkap untuk sajian di restoran-restoran.

“Produk ini sesuai untuk anda yang mengamalkan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan tanpa perlu menjejaskan rasa yang enak,” kata jenama itu.

Dicipta dan dihasilkan dengan penuh ketelitian oleh Pusat Inovasi dan R&D Growthwell Foods, HAPPIEE antara lain menampilkan pelbagai pilihan (berasaskan tumbuhan) daripada makanan laut yang diperbuat daripada konjac seperti Fishiee Sticks, Fishiee Patties, Chickiee Popcorn dan Chickiee Nugget (berasaskan soya).

Konjac secara semula jadi bebas kolesterol, tinggi serat dan rendah kalori. Ia membantu menurunkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan paras kolesterol.

BACA JUGA: Pucat, letih mungkin anemia, kurang zat besi, ini makanan tambah darah

Kacang soya pula mengandungi omega-3 lemak, lemak tak tepu penting. Lemak Omega-3 dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah penyakit kardiovaskular.

Iklan

Kacang soya adalah sumber vitamin dan mineral yang hebat. Vitamin B, zat besi, zink dan pelbagai antioksidan melengkapkan kualiti pemakanan soya.

Produk ini sesuai untuk anda yang mengamalkan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan tanpa perlu menjejaskan rasa yang enak,” kata jenama itu.

“Makanan laut inovatif dan produk alternatif daging jenama ini sesuai untuk
semua orang tidak kira kanak-kanak dan orang dewasa,” kata Happiee lagi.

Iklan

HAPPIEE! kini boleh didapati di pasar raya AEON terpilih dan akan diperkenalkan kepada lebih banyak peruncit, restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia menjelang akhir 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.