Bosan dengan inti sayur, jom buat Popia Beef Caramel Pepper ditambah dengan keju. Memang sedap giler!

A
A
A

POPIA goreng selalu menjadi pilihan ramai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.

Bukan apa, kudapan kegemaran ramai itu mudah disediakan dan rasanya memang sedap tak terkata.

Selain inti sayur, kita juga boleh buat inti carbonara, sardin, kentang dan sebagainya.

Kalau ada keju pula, memang anak-anak makan bertambah-tambah!

popia

Baik, kali ini SinarPlus ingin kongsikan resipi popia dengan inti campuran daging, kentang dan keju mozarela.

Resipi Popia Beef Caramel Pepper itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Neateyla Kek Tapak Kuda dan mendapat lebih 1,500 share.

Ujarnya, hidangan tersebut juga sesuai untuk disejuk bekukan. Senang kata, frozenkan.

 

Baca juga:Popia Gulung Salut Coklat air tangan Cik Dayang yang mengiurkan. Senang sangat nak buat

Baca juga:Hanya guna 5 bahan jer untuk buat Popia Cendawan Enoki. Hasilnya memang ‘marvellous’

Bila nak makan, goreng sahaja. Hah…Hari Raya Aidiladha dah nak dekat, boleh buat siap-siap.

Tak mahu berceloteh lagi, berikut SinarPlus kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan menu berkenaan.

Bahan-bahan

500 gram daging (dipotong kecil) - boleh juga guna daging kisar

1 biji bawang holand (potong dadu)

Lada benggala (potong dadu kecil)

3 biji kentang (potong dadu kecil)

3 batang daun sup (potong kecil)

3 ulas bawang putih (cincang)

3 sudu kicap karamel pekat

2 sudu sos tiram

Separuh kiub ayam

Lada hitam ikut selera memasing

Sedikit garam

Keju mozarela

Kulit popia

Cara penyediaan:

1.Panaskan minyak.

2.Tumis bawang dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Masukkan daging dan biar masak sebati.

4.Masukkan kentang dan gaulkan.

5.Kemudian masukkan kicap karamel pekat, sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam. Gaul sehingga elok masaknya.

6.Akhir sekali, masukkan lada benggala dan daun sup. Gaul sebati.

7.Sejukkan inti sebelum balut kulit popia. Letakkan keju mozarela dan balut popia.

Pemilik resipi tersebut juga mengingatkan anda yang mahu mencuba supaya tak lupa untuk menggunakan air bancuhan tepung untuk melekatkan hujung kulit popia.

Langkah itu perlu bagi mengelakkan popia terbuka semasa digoreng.

Baca juga: Comelnya sosej perahu buat kudapan, resipi simple anak-anak suka, sekejap je licin

Baca juga: Lebih 2,200 share, ini resipi aiskrim Malaysia cream cheese untuk 60 batang, enak & gebu disukai ramai

Jika dilihat bahan-bahannya memang agak banyak namun proses memasaknya mudah sahaja.

Goreng dan makan panas-panas memang layan habis.

Anda wajib mencubanya!

SUMBER: Neateyla Kek Tapak Kuda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca