UDANG kering lazimnya akan digunakan sebagai bahan penyedap dalam makanan.

Hidangan seperti mi bandung, kuah lodeh dan sambal tumis antara menu yang menambah bahan tersebut bagi membangkitkan rasa.

Pun begitu, udang kering yang dijual di pasaran agak mahal.

Namun, bolehkah kalau kita buat sendiri di rumah? Kalau ya, memang best dan menjimatkan. Kebersihan pun terjamin.

Hasil carian SinarPlus menemui entri seorang pengguna Facebook, Faizah Hussin yang berkongsi cara penghasilan udang kering secara homemade.

“Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri.

“Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya,” ujar wanita tersebut.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi cucur ikan bilis lembut di dalam rangup di luar, bancuh dengan nasi kisar & 1 bahan ini

Bahan-bahan
1 kilogram udang merah kulit keras
1/2 cawan air
1 sudu garam kasar

 

Baca juga: Resipi mi sup pedas ala Cina paling mudah nak buat, sedapnya hirup kuah panas-panas

Baca juga: Resipi inti serba guna hasilkan 3 kuih berbeza, popia, tauhu bergedel & wantan, sedap macam kat gerai

Cara Penyediaan:
1. Buang kepala udang supaya mudah dibasuh bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang mereka yang tidak tahan makan makanan laut.
2. Masukkan udang dalam periuk. Tambah setengah cawan air.
Masukkan sesudu garam kasar supaya udang tidak busuk.


3. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus, boleh juga guna teknik mengukus atau disangai.
4. Jemur udang di bawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
5. Masukkan udang dalam plastik. Lenyekkan sikit dengan anak lesung.

6. Kemudian ketuk-ketuk di lantai atau meja. Keluarkan dari dalam plastik dan tampi. Siap.

Iklan

Nampak mudah pula, kan? Apa lagi, kalau ada kesempatan, jom buat.

Udang kecil berkulit keras biasanya mudah didapati di pasar dan harganya tidak terlalu mahal.

Baca juga: Resipi sambal ayam gepuk viral, wajib letak 2 bahan ini barulah best. Tak perlu masak tetap pecah minyak!

Baca juga:Modal baru RM12, sekali buat tahan 2 bulan, ini resipi mudah stok ibu sambal penyelamat mak-mak sibuk

Iklan

Jadi, sekali buat boleh dapat dalam kuantiti yang banyak.

Bolehlah mak-mak simpan buat stok untuk kegunaan masa hadapan.

Selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!