CONVERSE menjadi trend dan pilihan ramai para penggemar kasut sneakers.

Biarpun gaya dan reka bentuknya hampir sama, namun jenama itu  mampu bertahan sehingga kini.

Jika sebelum ini, koleksi Chuck 70 De Luxe Heel menakluki selera peminat, terbaharu label kasut popular itu tampil pula dengan koleksi Chuck 70 De Luxe Wedge.

Baca ni Rico Rinaldi lancar himpunan kasut Ready To Wear baharu. Selesa, praktikal dipakai pada majlis formal, santai

 

Istimewanya kali ini, rekaannya memberi aura baharu kepada si pemakai terutama yang sukakan gaya ringkas namun tetap berfesyen

Bertemakan ‘Edge of Style’, koleksi tersebut hadir dengan siri kasut tumit tinggi yang berketinggian sehingga empat inci.

Bukan itu sahaja, rekaan, Converse kali ini memperkenalkan dimensi baharu apabila mengubah penutup kaki getah ikonik mereka selain menyerlahkan DNA Chuck Taylor.

Malah, perincian jahitan dan tampalan Converse segi empat tepat dan jalur klasik yang sememangnya sinonim dengan jenama tersebut dikekalkan.

Baca lagi Kasut GEOX tak pernah tak selesa. Tampil dengan koleksi Spherica Actif yang kalis air, kusyen lebih selesa

converse

Tidak sekadar itu, kolaborasi bersama pereka wanita yang cukup kreatif seperti Martine Ali dan Feng Chen Wang memberi nafas baharu dan pada masa yang sama tetap mengekalkan status quo.

Yang pastinya koleksi Chuck 70 De Luxe Wedge ini bakal menjadi pemangkin gaya masa kini lebih-lebih lagi kepada wanita yang gemarkan trend terkini.

Iklan

Baca juga Hanya jual kasut vintaj, remaja mampu jana pendapatan hingga RM1.09juta setahun. Lumayan sungguh!

Converse 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Iklan