JANGKITAN Covid-19 di beberapa negara semakin menunjukkan peningkatan ketara baru-baru ini.

Di Singapura, jumlah kes harian dilaporkan meningkat dua kali ganda.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, kenaikan tersebut mungkin disebabkan lambakan pelancong yang hadir ke republik itu pada akhir tahun, lapor The Straits Times Singapore.

Selain itu, ia mungkin disumbang oleh faktor imuniti penduduk yang semakin berkurangan.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Jika dulu varian Delta, Alpha dan Omicron (B.1.1.529) paling ditakuti untuk Covid-19, terkini subvarian EG.5 mula merisaukan penduduk global apabila menyumbang lebih daripada 70 peratus daripada jujukan kes.

 

Adakah EG.5 lebih ganas atau sekadar biasa-biasa sahaja?

SinarPlus merujuk Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health untuk penerangan lanjut.

Penulisan itu berkata, kemunculan subvarian itu memberi peringatan bahawa Covid-19 masih menimbulkan risiko kepada kesihatan awam.

Sumber itu yang memetik kenyataan Profesor Mikrobiologi dan Imunologi Molekul, Andrew Pekosz berkata, virus jenis itu mempunyai kaitan dengan salah satu varian mutasi Covid-19 iaitu XBB.1.16, satu lagi subvarian Omicron yang sangat mudah merebak.

Dalam pada itu, Euro News mendedahkan, EG.5 mular tular di China, Jepun, Korea Selatan dan kemudian pertambahan mangsa banyak berlaku di Amerika Utara dan sekitar Eropah.

Baca juga: Kes Covid-19 mula naik. Ramai dah terlupa apa nak buat, ini yang patut dilakukan jika positif

SUMBER Edward Jenner daripada PEXELS.

Dalam pada itu, Pakar Penyakit Berjangkit Pediatrik, Kristina K Bryant berkata, kebanyakan pesakitnya mempunyai gejala serupa dengan varian Omicron sebelum ini.

“Gejala tersebut melibatkan sistem pernafasan seperti sakit tekak, batuk, sesak nafas dan hidung berair. Sesetengah orang juga menyangka mereka mempunyai alahan,” kata Bryant.

Baca juga: Radang paru-paru akan lebih teruk jika pesakit dijangkiti Covid-19. Rawatan juga makin sukar

Berikut beberapa simptom biasa lain yang dialami pesakit Covid-19 seperti yang dilaporkan Health:

– Demam atau menggigil
– Keletihan
– Sakit otot atau badan
– Sakit kepala
– Kehilangan rasa atau bau
– Loya atau muntah
– Cirit-birit

Baca juga: Penyakit X: 30 kali lagi ganas daripada Covid-19. Negara kotor jadi punca wabak atau ada faktor lain. Ini kupasannya

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

SISTEM PERNAFASAN

Iklan

Penyelidikan baharu yang diterbitkan dalam jurnal Otolaryngology—Head and Neck Surgery mendapati risiko kehilangan deria bau dan rasa mungkin tidak lagi boleh meramalkan diagnosis.

“Apabila virus itu muncul pada tahun 2020, kehilangan rasa dan bau adalah gejala biasa.

“Kini, setelah lebih daripada tiga tahun, gejala khusus itu telah menurun,” ujarnya.

Namun begitu, kajian itu memaklumkan, simptom itu masih memberi impak kepada sistem pernafasan terutamanya paru-paru.

Sehubungan itu, orang ramai dicadangkan untuk menjalani ujian pengesanan bagi melindungi diri. Seperti biasa vaksin adalah perlindungan terbaik.

Iklan

Baca juga: Boleh ragut jutaan nyawa berbanding Covid-19, 6 info ‘ngeri’ penyakit X

SUMBER August de Richelieu daripada PEXELS.

Risau, kan? Di Malaysia jumlah kes Covid-19 makin mencanak naik. Meskipun dikatakan kebanyakan kes hanya menunjukkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital, kita tetap kena berhati-hati.

Bukan apa, kita tak nak lah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan lagi. Tak jadi kerja dibuatnya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang