PELAKON dan penyanyi Dayana Amerda, 21, bergelar ibu setelah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1.20 pagi, hari ini bersamaan dengan 1 Ramadan 1441H.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, yang juga pelakon Hadi Mazlan menerusi akaun Instagram.

“Isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah,” tulis Hadi.

Dayana sebelum itu mula dikenali menerusi program realiti Idola Kecil, pernah membintangi drama Elly & Epit bersama Hadi pada 2011.

Iklan
HADI DAN DAYANA
Hadi dan Dayana.

Mereka kemudiannya mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Iklan