HAMPIR semua orang lebih selesa menggunakan papan pemotong yang berwarna putih tu, bukan?

Kalau anda nak tahu material papan pemotong tersebut diperbuat dari plastik dan memang tahan lama, ringan dan mudah digunakan.

Malangnya, ia mudah dilekati dengan daki dan kotoran. Kalau nak beli baru, rasa macam membazir sebab masih boleh digunakan lagi.

Jangan risau, sebenarnya ada cara pantas yang dapat anda lakukan untuk membersih, memutihkan dan membunuh mikroorganisma di permukaan tersebut.

papan pemotong
PAPAN pemotong sebelum dan selepas dicuci.

Hanya gunakan tiga bahan ini sahaja:

  • Limau/Lemon
  • Serbuk penaik
  • Cuka epal

Cara-caranya:

1) Potong limau/lemon mengikut kesesuaian

2) kemudian taburkan serbuk penaik pada keseluruhan papan pemotong.

3) Gosok papan menggunakan limau/lemon yang dipotong tadi.

4) Biarkan selama 10 minit.

Iklan

5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau/lemon itu tadi.

6) Bersihkan menggunakan cuka epal.

7) Sambung sental papan sampai puas hati! Boleh guna berus besi untuk menyental.

Iklan

8)Bila dah puas hati, bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.

Mudah sahaja kan? Tak perlu beli baru, sekali sental dah nampak macam baru beli. Jimat!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: YOUTUBE (CRAZYINDIANHACKER), UNSPLASH