KUALA LUMPUR menjadi destinasi pelancongan paling popular, berdasarkan kepada data carian Agoda.com selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), manakala Bentong, Pahang menjadi destinasi carian tertinggi.

Menurut Naib Presiden Pembangunan Korporat, Agoda, Tim Hughes, walaupun data carian Agoda menunjukkan peralihan kepada destinasi domestik setelah kawalan pergerakan dilonggarkan untuk pelancongan domestik, ramai yang masih menyimpan hasrat untuk mengembara ke luar negara.

agoda

“Data kami menunjukkan masih ramai mempunyai keinginan untuk melancong meskipun di dalam negara sendiri sama ada secara berseorangan, berkeluarga mahupun bersama rakan-rakan.

“Apa yang paling penting, mereka masih mengharapkan agar laluan pelancongan dibuka untuk beberapa pasaran utama selepas keadaan Covid-19 lebih terkawal dan mencari tawaran hebat apabila laluan tersebut dibuka kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

agoda

agoda

Untuk destinasi antarabangsa, Tokyo dan Seoul melonjak ke senarai 10 teratas tahun ini bagi pelancong berkeluarga manakala Bangkok masih menjadi destinasi idaman rakyat Malaysia.

Selain itu, normal baharu dek penangan wabak Covid-19 membuatkan para pelancong lebih memilih destinasi kurang dikenali, alam semula jadi dan pantai berbanding bandar besar.

Artikal berkaitan: 6 konsep libur gaya milenial wajib cuba, glamping tawar perkhemahan glamour dalam hutan rimba

Pendedahan itu dibuat Agoda.com apabila carian tertinggi destinasi pelancongan menunjukkan Taiwan mendominasi senarai 10 teratas dengan tujuh lokasi menjadi idaman ramai.

Data carian tertinggi Agoda.com untuk perjalanan sehingga akhir tahun itu juga menunjukkan Taiwan mengatasi Bangkok, bandar terbesar di Thailand yang sebelum ini menjadi destinasi pelancongan paling popular di Asia.

agoda

Apa yang menarik di kepulauan kecil yang terletak di Asia Timur itu sehingga menjadi carian tertinggi dalam portal syarikat e-dagang popular tersebut?

Selain memiliki keunikan alam semula jadi yang memukau, tujuh destinasi paling popular di Taiwan iaitu Hualien, Yilan, Taipei, Kenting, Taitung, Nantou dan Taichung dikatakan port syurga makanan, sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga.

Hualien

agoda

Sebuah bandar pelabuhan dengan laluan pinggiran pantai menjadi destinasi paling popular bagi semua kategori pelancong kecuali pelancong berseorangan yang memilih Tokyo.

Yilan

Iklan

agoda

Terkenal dengan landskap semula jadi hebat dan port makanan tempatan yang sedap. Lokasi destinasi ini menduduki tempat kedua dalam kalangan pelancong berkumpulan dan berkeluarga.

Taipei

agoda

Lokasi menarik wajib singgah di bekas perkampungan lombong emas di Jiufen, landskap batu unik di Yehliu Geopark dan Taman Negara Taroko.

Taitung

Iklan

agoda

Bandar pinggiran pantai Taitung yang cantik dan mendamaikan. Selain terkenal dengan tapak arkeologi dan muzium seni.

Bagi pelancong berpasangan, destinasi idaman diungguli oleh Hualian, Taipei, Bangkok diikuti Yilan dan Pulau Jeju sekali gus menunjukkan perubahan daripada carian tahun lepas yang diterajui oleh Bangkok, Tokyo, Pattaya, Bali dan Taipei.

agoda

Pelancong berkeluarga juga mencari destinasi alternatif yang kurang sibuk tahun ini berbanding tahun 2019 yang didominasi oleh Tokyo, Bangkok, dan Pulau Besar Okinawa.

Berdasarkan data tersebut, Jepun, Vietnam, Korea Selatan tersenarai dalam lima teratas manakala Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong, Malaysia dan Indonesia melengkapkan senarai 10 teratas.