JENAMA sukan global, PUMA baru-baru ini mencipta sejarah apabila memperkenalkan PUMA Hijab baharu di Malaysia.

Menerapkan ciri-ciri tempatan, rekaan hijab berkenaan akan membantu wanita bergerak dengan lebih bebas dan selesa sepanjang hari, terutama ketika menjalani rejim kecergasan dan senaman.

 

Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara, Eleanor Wang berkata, PUMA Hijab keluarannya diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi yang ringan dengan pengudaraan yang baik.

Ia juga bersifat versatil kerana bukan sahaja sesuai untuk aktiviti sukan di trek, padang, gelanggang dan gimnasium, malah sebagai pelengkap kepada pakaian kasual harian,” katanya dalam satu kenyataan.

Eleanor menambah, sebagai tambah nilai kepada PUMA Hijab, ia direka melepasi bahagian dada iaitu antara satu ciri yang tidak dimiliki oleh kebanyakan hijab sukan lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

Seperkara yang menarik, tudung berkenaan juga mempunyai bukaan kecil pada kedua-dua belah supaya penggunaan fon telinga menjadi lebih ergonomik dan mudah.

Hadir dengan warna hitam dengan saiz S dan M, produk terkini daripada PUMA itu diedarkan secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports. Untuk informasi lanjut, layari alikhsan.com.