MATA merupakan anugerah ALLAH yang sangat berharga. Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan mata perlu dititik beratkan, sama seperti kita menjaga jantung.

Jadi, untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik, terdapat beberapa tip yang perlu diamalkan.

Menerusi Telegram Petua dan Kesihatan, mereka berkongsi pendekatan-pendekatan yang boleh dipraktikkan: Berikut perinciannya:

i) Amalkan pemakanan vitamin A untuk menghasilkan mata yang lebih terang.

  • Bagi pembaca yang kurang gemar mengambil pil atau makanan tambahan boleh dapatkan khasiat daripada pemakanan diet yang kaya dengan vitamin A seperti betik, telur, ikan, susu dan lain-lain.

ii) Cuci mata dengan menggunakan air yang dingin agar mata sentiasa segar dan bersinar.

iii) Letakkan hirisan timun pada bahagian mata selama beberapa minit untuk kesegaran mata sepanjang hari.

iv) Letakkan hirisan kentang pada bahagian mata untuk mengurangkan kesan lebam pada bawah mata.

v) Rendamkan kain tuala kecil dalam air semalaman dan gunakan kain tersebut untuk membasuh mata pada keesokan pagi.

vi) Rendamkan kain kapas ke dalam air susu suam dan tutup bahagian mata selama 15 minit.

vii) Jika mata merah dan terasa gatal-gatal, cuba urutkan kulit kepala dengan menggunakan susu masam kerana ia mampu memulihkan rasa gatal-gatal pada bahagian itu.

viii) Untuk melegakan mata yang letih, celupkan sedikit susu sejuk menggunakan pad kapas lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit.

Iklan

ix) Untuk mendapatkan kesegaran mata dan otot-otot mata yang maksima, tutup mata dan fikirkanlah sesuatu yang indah dan membahagiakan perasaan.

  • Bayangkan anda sedang melihat kawasan yang indah, damai dan menenangkan mata lalu buka mata perlahan-lahan dan cuba perhatikan keindahan alam sekeliling.

x) Basuh wajah sebelum tidur dan pastikan tiada lagi kesan solekan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah.

Iklan

xi) Jika pembaca ingin mengenakan krim wajah pastikan anda hanya menggunakan krim malam sahaja kerana ia telah diformulasi khas untuk kegunaan waktu malam.

Semoga tip di atas memberi idea kepada kalian untuk mendapatkan mata yang sihat dan segar sepanjang hari.

Selamat mencuba!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!