KADANGKALA teringin menggayakan seluar jean, tetapi malangnya hasrat itu terpaksa dipendam apabila kelihatan Muffin Top.

Apakah yang dimaksudkan dengan Muffin Top?

Menurut Perunding Imej dan Penata Gaya Hijab, Azlia Idha dalam istilah pemakaian Muffin Top merujuk pada lemak-lemak yang berkumpul sekitar perut dan pinggang.

“Misalnya, ketika kita menyarungkan seluar denim terus kelihatan lebihan lemak terkeluar kiri dan kanan.

“Rupanya sama seperti kek cawan atau muffin yang melimpah melebihi acuan,” katanya menerusi posting dimuat naik dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

jean azlia
AZLIA menyifatkan pemilihan potongan pinggang seluar jean yang ideal membantu menyembunyikan masalah Muffin Top.

ARTIKEL BERKAITANWanita plus size pun boleh bergaya baju bercorak, tiru fesyen Sherry Alhadad

Pun begitu, istilah Muffin Top mungkin kedengaran agak comel, namun tidak manis dipandang.

“Jangan bimbang kerana ada cara terbaik untuk menyembunyikan Muffin Top. Salah satunya, pilih potongan seluar high waist pada kawasan pinggang supaya ia menutup perut dengan kemas.

“Ingat, sekiranya memilih potongan low waist, ia menutup bahagian pinggul sahaja, sementelah kawasan pinggang dan perut nampak menggeleber terkeluar,” saran beliau.

Iklan

jean

Dalam pada itu, Azlia turut memberitahu bahawa individu yang mempunyai lemak sekitar perut dan pinggang menandakan mereka gemar menikmati makanan manis secera berlebihan.

“Okay, di samping menyembunyikannya dengan pemilihan potongan seluar yang ideal, masalah Muffin Top juga boleh diatasi menerusi pemakanan sihat.

Iklan

“Biarlah kurangkan manis dalam makanan, asalkan kita manis dalam senyuman,” nasihatnya lanjut.

manisan
KURANGKAN makanan manis bagi mengelakkan berlakunya lemak pada bahagian pinggang dan perut.

ARTIKEL BERKAITAN(Video) Zahirah Macwilson kongsi tip gaya seluar jean untuk wanita hamil

Sumber: @azliaidha dan Canva