SEJAK awal Syawal lalu, nama karakter dalam siri animasi popular, Upin & Ipin iaitu Fizi menjadi perhatian ramai ekoran dialog kontroversi yang dituturnya.

Bagaimanapun Fizi tampil membuat permohonan maaf menerusi sepotong video pendek yang di muat naik di laman Instagram rasmi Upin & Ipin dan juga YouTube Les’ Copaque.

“Hai saya Fizi. Berdirinya saya di sini untuk memohon maaf kepada Upin dan Ipin.

“Fizi tak sengaja tersalah cakap hari tu. Lepas kena cubit dengan Mael, Fizi dah insaf. Jadi janganlah marah Fizi lagi, Fizi sedih,” kata Fizi sambil menangis.

https://www.instagram.com/p/CA7ZWe6J8Gl/?utm_source=ig_web_copy_link

Permohonan maaf itu disambut oleh Upin & Ipin.

“Fizi, jangan nangis, kami dah maafkan pun. Kita kan sahabat selamanya.

“Betul, betul, betul,” jawab Upin bersama Ipin.

Dalam tempoh 12 jam selepas di muat naik, video Fizi Minta Maaf telah mencecah hampir 3 juta tontonan di YouTube Les’ Copaque.

Iklan

Kontroversi mula hangat diperkatakan apabila sedutan babak animasi Upin & Ipin dalam episod Syahdunya Syawal tular di media sosial.

Dalam adegan terbabit, Fizi menjawab soalan Upin dan Ipin, bagaimana jika seseorang itu tiada ibu dan Fizi seraya menjawab : “Tak adalah syurga.”.

Iklan

Dialog itu telah mengundang perbalahan netizen Malaysia dan Indonesia, rata-rata menuntut Fizi membuat permohonan maaf.