Dari kelas terbawah berjaya raih anugerah dekan & konvo dengan selempang pink, kembar lelaki ini jadi inspirasi Education Creators of The Year Awards 2024
NAMA pasangan kembar Muhammad Abid dan Muhammad Amin mungkin kurang familiar, namun jika menyebut akaun TikTok aminxabid pasti ramai mengenali.
Konten yang dihasilkan cukup bermanfaat dan sering dimuat naik menerusi laman TikTok berjaya mencuri hati penonton dengan kreativiti yang ditonjolkan. Malah kemampuan mereka dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk menjadi inspirasi anak muda.
Mengenali lebih dekat, kembar berusia 24 tahun ini, Amin dan Abid mendedahkan latar belakang pendidikan mereka dan pernah belajar di kelas belakang atau kelas tercorot sewaktu memasuki Tingkatan Empat.
"Dari kecil hingga tahun 2016 kami sekolah agama.
"Tetapi, pada 2017 kami masuk Sekolah Menengah Kebangsaan di Manjung untuk membolehkan kami miliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Sewaktu menukar persekolahan dan result dinilai, kami ditempatkan di kelas belakang iaitu kelas gagal subjek Bahasa Melayu dan Sejarah kerana tak memenuhi kriteria," katanya.
Pertengahan tahun 2017, dengan bantuan guru, kawan-kawan serta usaha bersungguh-sungguh, Amin dan Abid berjaya 'catch up' subjek yang terlepas dan diberitahu bakal ditukarkan ke kelas lebih atas.
Pun begitu, pasangan adik-beradik itu memilih untuk tetap berada dalam kelas yang sama bagi membantu pelajar yang lain.
"Ayah pernah berpesan, adik abang bantulah kawan-kawan pelajar lain dalam SPM, insya-ALLAH Tuhan akan permudahkan. Alhamdulillah dalam tempoh setahun pelbagai pertandingan robotik, inovasi, reka cipta untuk perbaiki diri kami dalam pelbagai bidang.
"Dari situlah kami dapat jati diri yang meminati tentang kreativiti," katanya.
Anak-anak kepada jururteknik, Othman Md Hashim itu kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran Rekaan Industri (Major Pengangkutan) peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah dan kini baru sahaja selesai menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam program yang sama.
Lebih manis lagi, kedua-duanya meraih dekan dan menamatkan pengajian dengan cemerlang sebagai penerima Anugerah Naib Canselor.
Abid berkata, mereka berdua mulai aktif dalam menghasilkan konten sejak belajar di universiti.
"Dari situlah kami bermula sebagai pelajar dan pencipta kandungan yang kalian kenali sampai sekarang iaitu Amin dan Abid.
"Abang percaya tak, jauh dalam hati Abid tidak pernah akan menyangka kami dari kelas paling bawah terpilih untuk dicalonkan dalam bahagian education kerana saingan-saingan kami adalah hebat.
"Kami tidak pernah sangka akan berada di sini. Ketika kita di bawah tidak bermakna itu adalah pengakhiran. Ia adalah permulaan, batu loncatan untuk hidup.
"Pandang nikmat hilang bala, pandang bala hilang nikmat. Anda semua berbakat. Your talent is your natural strength," katanya.
Pasangan kembar itu meraih pujian daripada warga maya yang rata-rata menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Ujar mereka:
"Bukan kaleng-kaleng, selempang pink."
"Inilah yang layak kita share. Masya-ALLAH Subhanallah. ALLAH Maha Hebat yang memberi ilham untuk awak berdua. Teruskan memberi teladan dan inspirasi positif kepada anak muda! Tahniah adik-adik."
"Betul dan faham. Contohnya, pelajar tercicir atau dari maahad yang ingin masuk ke sekolah kebangsaan,mereka akan ditempatkan di kelas yang tertentu berdasarkan keputusan peperiksaan."
"Alhamdulillah selepas berhempas pulas, pertolongan daripada cikgu dapat catch up subjek-subjek yang terlepas. Kalian hebat."
"Adik-adik inibukan kelas dari kelas bawah sejak awal. Disebabkan perjalanan pendidikan sekolah tu membuatkan mereka berada di kelas belakang."
"Kelas belakang bukan bermakna tak boleh berjaya. Cuma cikgu biasa fokus kelas depan jer. Kena usaha lebih."
"Akhlak dan kebijaksanaan seiring, moga terus berjaya Amin dan Abid."
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang