“Stesen berikutnya Kampung Baru.”
“Next station Kampung Baru.”

BAGI pengguna pengangkutan awam Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) pasti sudah sinonim dengan pengumuman ringkas tersebut yang memaklumkan nama stesen berikutnya.

Baru-baru ini tular menerusi laman sosial sebuah video memaparkan gelagat dua individu yang cuba meniru suara peti simpanan suara dan pengumuman di stesen LRT.

Video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik di Instagram @khairulanuarazmi tersebut meraih perhatian warga net sehingga ditonton lebih 16,000 orang.

Sementara itu, di Twitter @khairulnuar pula video yang sama telah meraih lebih 151,000 jumlah tontonan, 7,491 retweets dan 9,239 likes.

Rata-rata yang menonton video terbabit memuji lenggok suara dan sebutan skrip dua individu berkenaan dikatakan berjaya meniru pemilik suara asal.

Pun begitu, ada juga terpedaya kerana menyangkakan Khairul Anuar Azmi (Nuar) dan Jay Jamalina atau lebih dikenali Jay adalah empunya diri sebenar voice over tersebut.

Walhal, mereka berdua sekadar menonjolkan bakat cubaan meniru suara voicemail dan pengumuman stesen LRT.

 

View this post on Instagram

 

Cubaan meniru suara Voicemail dan MRT announcement 😅 . . Feat: @jayjamalina @nuar_storyteller . . #voiceover

A post shared by Nuar | Personal Branding (@khairulanuarazmi) on

Antara komen warga net ialah:
“Itulah. Selalu dengar, selalu terfikir mana mana laa rupa orangnya.” – @ndhrhbhrddn

Iklan

“Seriuslah ni suara di belakang announcment selamat ni…operator…kagum.” – @IbrahimWaniey

“Sedapnya…dengar setiap masa pun tak kisah.”- @hnnhgly

Bagaimanapun siapakah dua insan ini?

Iklan

Secara ringkas, Khairul Anuar merupakan individu yang sentiasa menyumbangkan suaranya di belakang pentas bagi anugerah hiburan berprestij seperti Anugerah Juara Lagu.

Sementara itu, Jay pula adalah penyampai berita di stesen radio Hot FM dan pernah bertugas sebagai pembaca berita Buletin Utama, TV3.